Manohara berhutang hampir RM1j

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra memfailkan saman tuntutan hutang berjumlah RM972,750 ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot di Mahkamah Syariah di sini semalam.







Nuffnang Ads




SAAT-SAAT bahagia di hari perkahwinan Tengku Muhammad Fakhry bersama isterinya, Manohara Odelia Pinot pada 28 Ogos 2008.

Dalam tuntutan hutang itu, plaintif mendakwa sebelum perkahwinan mereka, defendan telah meminjam wangnya untuk kegunaannya dan ibu beliau, Daisy Fajarina berjumlah RM338,500. Daripada jumlah itu, RM174,000 digunakan bagi membeli jam tangan jenama Au
demars Piguet dan RM165,500 lagi untuk kegunaan peribadi Manohara atau ibunya.

Defendan juga didakwa telah meminjamkan wang sebanyak RM634,250 sepanjang tempoh perkahwinan bagi kegunaan peribadi dan untuk dikirim kepada keluarganya sebanyak enam kali yang keseluruhannya berjumlah RM972,750.

Tengku Temenggong Kelantan juga memfailkan saman tuntutan kembali taat supaya Manohara pulang ke pangkuannya.

Manohara hutang RM1 juta


Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra, semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menuntut isterinya, Manohara Odelia Pinot, menjelaskan hutang berjumlah hampir RM1 juta.

Tengku Muhammad Fakry, 31, selaku plaintif mengemukakan saman berkenaan melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Berdasarkan saman yang difailkan di depan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty, plaintif meminta Manohara, bekas model terkenal Indonesia, selaku defendan menjelaskan hutang berkenaan.

Beberapa minit kemudian, plaintif turut memfailkan saman kedua yang meminta defendan kembali taat kepadanya selepas tempoh diberikan sebelum ini iaitu pada 2 Julai lalu, tamat dan defendan masih enggan kembali kepadanya.

Saman kedua itu dikemukakan selepas saman pertama difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Fazlina Mohd @ Mohd Nor.

Serentak dengan kedua-dua saman itu, Tengku Muhammad Fakry turut mengemukakan permohonan interlokutori bagi membolehkan penyampaian saman itu dibuat di luar bidang kuasa mahkamah.


Tindakan itu bagi membolehkan saman disampaikan secara kendiri oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dengan mengiklankan saman dalam akhbar negara itu atau melalui pos berdaftar.

KAKAK Manohara, Dewi (kiri) dan ibunya, Daisy Fajarina.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula untuk kedua-dua kes saman itu, masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, pada 2 Ogos ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan saman pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Tengku Muhammad Fakry mendakwa bernikah dengan defendan pada 2 Ogos 2008 di Istana Mahkota Kubang Kerian dengan berwali hakim.

Plaintif mendakwa sebelum perkahwinan itu, defendan ada meminjam sejumlah wang daripadanya untuk kegunaan peribadi dan ibunya yang berjumlah RM338,500.

Jumlah itu termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pengiriman wang melalui sebuah bank, membabitkan transaksi bernilai RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, plaintif juga memberikan defendan pinjaman wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir 22 Januari 2009.

Plaintif juga mendakwa ketika saman itu difailkan, defendan tidak pernah atau masih belum menjelaskan sebarang amaun daripada keseluruhan jumlah hutang kepada plaintif atau mana-mana wakilnya.

Bagi tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah pula, Tengku Muhammad Fakry mendakwa sejak awal perkahwinan hingga Mei lalu, rumah tangga mereka bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah.

Hanya pada 31 Mei lalu, ketika plaintif dan defendan berada di Singapura kerana melawat ayahanda plaintif yang juga Sultan Kelantan yang sedang gering dan mendapat rawatan di sebuah hospital, defendan atas inisiatif sendiri pulang ke negara asal dan sejak tarikh itu, defendan tidak pulang ke pangkuan plaintif sebagai suami yang sah.

Malah, katanya, defendan dan ibunya melalui media di Indonesia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas memfailkan saman berkenaan, Zainul Rijal berkata untuk kes syariah setakat saman saja dan pihaknya akan menyerahkan saman kepada Manohara melalui perintah yang dikeluarkan mahkamah.

“Kita akan lihat sama ada Manohara datang atau tidak. Jika benar dia mempunyai pembelaan, datanglah ke mahkamah syariah, buat pembelaan dan memberi peluang kepada mahkamah untuk buat perbicaraan dengan adil.

“Ia selaras dengan titah Pemangku Sultan supaya kes berkenaan diadili dengan seadil-adilnya oleh mahkamah.

“Ini permasalahan antara suami isteri. Ini tidak membabitkan pihak istana dan negara. Itu yang kita failkan antara individu suami dan isteri. Jika benar Manohara mempunyai pembelaan, datang ke mahkamah pada 2 Ogos ini untuk memberi persepsi dan keterangan,” katanya.


FAKTA

# Sebelum berkahwin, Manohara meminjam wang Tengku Muhammad Fakry Petra untuk kegunaan peribadi dan ibunya berjumlah RM338,500 termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pinjaman berjumlah RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu melalui kiriman wang dari sebuah bank.

# Sepanjang tempoh perkahwinan, Manohara meminjam wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir 22 Januari 2009.


Your Ad Here

Ako bakal bergelar bapa, tertekan tiada kerja

AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyak tawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.







Nuffnang Ads





Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.

“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.

“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,” kata Ako.

Beritahu Ako, kini tekanannya bagaikan ‘terubat’setelah mendapat tahu isterinya mengandung 11 minggu.

“Hal ini membuatkan saya terfikir untuk tidak hanya memikirkan tentang diri-sendiri tetapi lebih kepada keluarga dan matlamat yang ingin dicapai,” tutur Ako yang sekali-sekala bersuara ceria bagaikan tidak sabar untuk bergelar bapa.

Ako akui yang kes khalwat yang masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah itu memberikan sedikit sebanyak kesan kepada karier seninya.

“Saya dapat rasakan yang orang atasan dalam beberapa produksi mungkin tidak berminat untuk mengambil saya berlakon walaupun saya tidak disenarai hitamkan dari tiga stesen TV.

“Ada juga saya mendapat tahu yang sebuah produksi ini mahu menunggu sehingga kes ini selesai baru mahu mengambil saya berlakon.

“Ada juga yang ‘offer’ tetapi tak cakap apa-apa manakala ada satu syarikat produksi lagi yang datang ‘offer’ tetapi selepas itu terus senyap.

“Mungkin mereka takut nak guna saya atau ada sebab lain mungkin...,” tutur pelakon popular menerusi drama tempatan ini.

Sukar setara mana pun, Ako tetap tegas dengan prinsipnya yang tidak suka merayu mana-mana produser untuk mendapatkan kerja.

“Saya tak pernah bertanya tentang kerja kepada produser seperti bila nak ambil saya berlakon dan sebagainya kerana saya bukan jenis macam tu.

“Kalau ada rezeki selepas ini, Alhamdulillah,” jelasnya.

Malah, Ako tetap bersyukur kerana peluang dia tidak mempunyai pekerjaan sekarang digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa dengan isterinya yang masih baru menyesuaikan diri dengan dunia kehamilan itu.

“Saya rasa apa yang saya lalui sekarang sama seperti beberapa bahagian yang saya tonton dalam filem ‘Nine Months’.

“Saya teruja apabila pertama kali dapat melihat denyutan jantung kandungan isteri semasa pergi ‘scan’ baru-baru ini.


“Sekarang, isteri saya mengidam semua makanan yang saya suka. Jadi, saya akan tolong makan makanannya yang tak habis. Lagipun, saya ni jenis suka makan kalau stres.

“Kadangkala, saya kena melayan perangainya yang berubah-ubah sehingga saya perlu berhati-hati untuk menegurnya. Saya juga tidak boleh ambil makanan dia sehingga dia betul-betul selesai makan

“Saya juga belajar untuk mengingati temujanji yang dilakukan bersamanya agar dia tidak terasa yang saya terlupa. Jadi, saya perlu utamakan dia terlebih dahulu sebelum membuat temujanji lain,” cerita Ako sambil tertawa.

Rupa-rupanya, tekanan yang dialami oleh Ako sedikit-sebanyak turut dirasai oleh Kartina sehingga isterinya mengalami pendarahan.

“Kartina lagi stres apabila mendapat tahu tentang hal ini. Sudahlah emosi dia tak stabil semasa mengandung, jadi dia bertambah stres selepas mengetahui kerja saya dibatalkan.

“Dia stres sehingga mengalami pendarahan dan mengambil ubat hospital untuk kuatkan rahimnya. Ada dalam tiga kali setiap minggu pendarahan itu berlaku pada bulan lepas,” katanya.

Ako juga sedang dalam proses menunggu tarikh perbicaraan lanjut mengenai kes khalwatnya yang belum ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Ako, dia juga menukar khidmat peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman kepada peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir kerana merasakan peguam barunya itu lebih layak.

“Baru semalam saya mendapat panggilan mahkamah yang memaklumkan akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan itu nanti.

“Saya berharap semoga kes ini selesai dengan cara terbaik dan tidak membawa saya ke penjara,” luah Ako mengakhiri perbualannya.

Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.


Your Ad Here

Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

DATO Shah Rukh Khan yang selalu dihambat kontroversi sekali lagi terheret ke lembah yang sama apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.” Menurut aktor berlesung pipit itu, dia telah disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.






Nuffnang Ads




Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

Masalah salahfaham tentang isu 'menghina' Nabi itu menjadi begitu serius hingga sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati. Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan 'kesilapan' Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Merek terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa "apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali."

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.


Dato Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka.

Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak...." kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

"Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang 'agak baik' seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”

Orang yang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu 'My Name is Khan' yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

Inilah pertama kali Karan cuba lari dari subjek kebiasaannya tema cinta dan mencuba sesuatu yang lebih serius seperti subjek Islam. Walaupun Karan cuba meyakinkan semua orang yang 'My name Is Khan' adalah berkisarkan tentang tema kemanusiaan sejagat dan tidak ada kena mengena dengan isu politik, kini dia juga agak was-was samada pilihannya itu selamat atau tidak.

Kini apa yang memening dan menggusarkan Karan ialah bagaimana dia akan berhadapan dengan fundamentalis Islam seandainya mereka merasakan filemnya 'My Name Is Khan' itu tidak kena dengan selera mereka dan bersifat sensitif sedangkan pelaburan mengeluarkan filem ini sudahpun menelan berjuta ringgit kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di luar negara India seperti di Amerika.


Your Ad Here

Rasa selamat bergelar isteri

NAMANYA mungkin belum kencang di bibir peminat sebagaimana mereka mengenali pelakon ternama sedia ada seperti Erra Fazira, Maya Karin, Vanidah Imran, Rita Rudaini mahupun Dynas Mokhtar. Apatah lagi, usia pembabitannya dalam lakonan pun baru setahun jagung. Begitu pun, Dira Abu Zahar sudah mula nampak cahaya berkilauan di hadapan langkahnya.






Nuffnang Ads




Dira bertuah kerana memiliki suami yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon

Status seorang isteri yang dipegangnya nyata bukan penghalang untuk dia memacu laju dalam arena lakonan televisyen. Satu demi satu projek drama bersiri mahupun telefilem dijayakan Dira. Tidak cukup dengan pembabitan di depan kamera, dia 'merayu' kepada produser dan pengarah untuk turut sama bekerja di balik tabir.

Jelas sekali Dira rindu pada dunia belakang tirai yang mula-mula menyaksikannya menyertai persada seni. Satu ketika dulu, pelakon ini ialah wartawan penyiaran untuk rancangan Beat TV sebelum muncul pula di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania dan Jom Ronda.

Atas alasan itu, dia diberikan ruang untuk mengisi kerusi penolong pengarah apabila pasukan produksi Media Hustler menerbitkan telefilem Ponti Anak Remaja. Dalam telefilem lakonan Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Farish Aziz dan Ammar Alfian itu, Dira turut memegang peranan kecil.

Pada masa yang sama, wanita berusia 25 tahun ini menyedari, dia menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai seorang isteri. Namun begitu, sedikit pun dia tidak berasakan status dipegang itu bakal membantutkan kemajuan dirinya dalam dunia berkenaan. Sebaliknya, Dira mengaku berasa lebih selamat dengan status isteri serta ibu yang disandangnya sekarang.

"Saya seorang yang telus dan suka mengambil sikap berterus-terang dalam hal ini. Saya berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada 2007 dan kini sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan diberi nama Tengku Anggun Deandra. Itulah jawapan saya berikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui status saya," katanya sambil tersenyum.

Baginya, tidak guna untuk seseorang artis bersikap hipokrit hanya untuk meraih populariti dan sokongan peminat.

"Saya amat percaya, seandainya kita memiliki bakat yang bagus, walau status apa pun yang dipegang, kita akan tetap mendapat peluang daripada produser serta pengarah. Bagi saya, peluang berlakon yang tidak putus-putus ini dianggap sebagai rezeki perkahwinan," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul 100 Hari Jadi.

Menurut wanita berasal dari Melaka ini, dia tidak melihat sebarang perbezaan antara pelakon wanita yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang masih memegang status bujang. Bahkan, dia langsung tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang mendakwa dengan menyembunyikan status perkahwinan, karier seseorang pelakon itu akan lebih terjamin.

"Jika peminat hendak menerima saya, biarlah mereka menerima Dira Abu Zahar sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang anak kecil. Biarlah mereka menerima kehadiran saya dalam bidang seni kerana kebolehan saya bukan kerana perkara lain," tegas Dira.


Walaupun dia tidak menganggap perkahwinan sebagai halangan untuk maju dalam lakonan, Dira tetap berasakan, sikap berkompromi bersama suami amat penting dalam memastikan langkah seseorang pelakon yang sudah berumah tangga tidak tersandung.

Katanya, janganlah hanya kerana mengejar impian dalam industri hiburan, rumah tangga pula berantakan.

"Saya amat bernasib baik kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami. Malah dia tidak putus-putus memberikan dorongan kepada saya untuk maju. Saya pula, perlulah menghargai pengorbanannya itu dengan memastikan adanya masa untuk dihabiskan bersama dia dan anak. Jika waktu tidak berapa mengizinkan saya untuk pulang ke rumah bertemu anak, ada kalanya saya membawanya sekali ke lokasi," cerita Dira.

Kencang berlakon di TV

SEJAK lebih setahun lalu, Dira mula menarik perhatian produser untuk menggunakan bakatnya bagi menjayakan drama atau telefilem terbitan mereka. Ketika fotografi bersama Hip diadakan, Dira baru saja pulang ke ibu kota setelah lebih seminggu berada di Sekinchan kerana menjalani penggambaran 100 Hari Jadi, telefilem arahan Woo Ming Jin.

Sebelum itu, dia menjadi perhatian peminat siri Rona Roni Makaroni, diikuti Merah Putih. Antara drama bersiri lain yang dibintangi pelakon ini ialah Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara dan Delima.

"Alhamdulillah, sejak mula berlakon lebih setahun lalu, tawaran untuk saya masih kencang. Walaupun ada ketikanya berasa kepenatan kerana tempoh penggambaran yang agak panjang, namun saya seronok melakukannya. Ia cukup bermakna kerana saya melakukan sesuatu yang menjadi minat saya.

"Buat ketika ini, rezeki untuk muncul di filem belum sampai. Saya sendiri masih terlalu baru. Biarlah saya membina tapak yang kukuh di drama dan telefilem dulu, sebelum melangkah ke layar lebar pula. Muncul di filem, bagi saya, amat besar tanggungjawabnya. Saya juga masih takut-takut jika ditawarkan berlakon filem," katanya.

Menyentuh soal lakonan, Dira memberitahu, banyak lagi watak yang ingin dipegangnya untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri terbabit. Antaranya, dia teringin sekali menjayakan watak wanita jalanan yang tidak memerlukannya bersolek tebal dan kelihatan cantik saja.

"Watak seperti penagih atau pengedar dadah, tinggal pula di kawasan lorong yang bersepah serta berperawakan agresif menjadi antara impian utama saya. Watak sebegitu tentu sekali banyak mencabar kredibiliti seseorang pelakon," katanya.


Selain lakonan, rupa-rupanya Dira juga penggemar sukan permotoran dan sering berkonvoi bersama-sama keluarga mahupun rakan dengan motosikal Harley Sportster miliknya. Dia dan abangnya, Idi Iskandar, turut menganjurkan majlis membabitkan penggemar motosikal besar.

Dedah wanita ini, minat pada motosikal besar timbul apabila Idi yang sememangnya cukup rapat dengannya itu turut memiliki kenderaan berkenaan. Lalu, tiga tahun lalu dia membeli motosikal Harley terbabit, yang menjadi harta pertamanya!

Sudah biasa berkonvoi ke utara dan selatan tanah air, Dira juga pernah merentas sempadan bersama motosikal sehingga ke Phuket, Thailand.

"Jika dihimpun, dalam keluarga saya saja, mungkin ada tujuh atau lapan motosikal berkuasa besar. Jadi, jika hendak berkonvoi, kami anak beranak pun sudah boleh melakukannya," kata anak bongsu daripada enam adik-beradik ini bersulam ketawa manja.

PROFIL: Dira Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Umur: 25 tahun
Status: Berkahwin
Suami: Tengku Shafiz-Rullah atau Ash
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.



Your Ad Here

Gambar anak Angkat Ogy Ahmad Daud

TANPA diduga, kehidupannya kini mula berubah. Jika dulu dia bersendirian mengharungi hari-hari yang mendatang, kini dia kembali berteman. Kesunyian juga bukan lagi menjadi teman setianya.






Nuffnang Ads




Kehadiran Nuraminah Aishah menyerikan kehidupan aktres dan pengacara TV terkenal ini

Malah, hari-hari yang dilaluinya kini semakin ceria dan semua itu berpunca dengan kehadiran Nuraminah Aishah, bayi perempuan yang dipeliharanya sejak empat bulan lalu.

Mengimbas kembali saat-saat awal dirinya bergelar ibu, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih akrab disapa Ogy berkata, perkara itu tidak pernah diimpikannya sebelum ini.

Memang saya pernah ditanyakan perihal mengambil anak angkat tapi jawapan saya adalah, saya masih belum bersedia. Memang tidak pernah terfikir pun untuk menimang cahaya mata pada usia 45 tahun seperti sekarang, ujar Ogy membuka bicara kami petang itu.



Berbalik kepada cerita bagaimana dia boleh tergerak untuk memelihara bayi itu, Ogy berkata semua yang berlaku bagai sudah ditakdirkan.



Saya mendapat panggilan dari seorang jururawat mengatakan ada orang ingin menyerahkan bayinya untuk dipelihara. Jururawat itu sebenarnya sepupu kepada kawan saya.



Kebetulan dia ada terbaca dalam majalah sebelum ini yang mengatakan saya sering berasa sunyi terutama pada waktu menjelangnya Hari Raya. Dan bila ibu bayi ini ingin menyerahkan bayinya untuk dipelihara orang lain, dia terus teringatkan saya dan lantas bertanyakan sama ada saya mahu menerimanya atau tidak?



Walaupun pada awalnya agak keberatan tetapi apabila mendapat tahu yang bapa bayi itu meninggal dunia dua hari sebelum kelahirannya, rasa simpati mengalir dalam jiwa dan tanpa banyak soal, saya pun bersetuju untuk memeliharanya, cerita bekas pengkritik tetap AF5 ini panjang lebar.



Cerita Ogy lagi, lebih menguatkan jiwanya untuk memelihara Nuraminah Aishah adalah, sewaktu pertama kali dia memeluk bayi itu, tangannya menggenggam erat baju Ogy seolah-olah tidak mahu berpisah.



Kredit kat Kak Ogy...


Your Ad Here

Restu Mak Mah...Adlin

TETAMU yang bertali arus membanjiri kediaman yang tersergam di Kampung Bukit Cherakah, Klang, Selangor disertai cuaca mendamaikan seakan memberi restu kepada langkah baru yang dibina pasangan selebriti, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila Abdul Hamid.







Nuffnang Ads




Adlin segak dalam persalinan tradisional Jawa, manakala Emelda cantik berkebaya menyerlahkan seri wajahnya

Debaran menghitung detik mengharap segala perancangan berakhir sempurna terhakis sudah. Apa yang terbentang kini adalah cabaran mengemudi rumah tangga yang dibina bersama restu ibu dan keluarga pada 23 Mei lalu meniti laluan bahagia hingga ke akhir hayat.

Hampir sebulan selepas diijabkabulkan di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak, pasangan pengantin baru yang mengakhiri ikatan percintaan mereka selama empat tahun dengan lafaz bermakna itu kembali diraikan pada majlis sambut menantu di kediaman keluarga pengantin lelaki pada tengah hari Ahad lalu.

Adlin segak dan kacak dalam persalinan tradisional Jawa, manakala Emelda atau akrab disapa Melayu berkebaya menyerlahkan seri di wajahnya sekali lagi bersanding penuh adat bersama iringan doa moga perkahwinan itu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat.




Andai selama ini kediaman yang dibina sejak empat tahun lalu hanya menerima kehadiran ahli keluarga sebagai penyeri, namun petang itu suasananya berubah.




Kediaman pelakon veteran, Ruminah Sidek, ibu kepada Adlin dibanjiri lebih 5,000 tetamu yang sedia meluangkan waktu untuk bersama memeriahkan majlis sambut menantu.



Besar hati Ruminah atau Mak Mah menerima kehadiran semua tetamu yang sudi hadir untuk mendoakan perjalanan baru anak lelakinya itu.



Baginya, kehadiran semua tetamu membawa bersama rezeki dari Allah untuk dikongsi dan majlis sambut menantu itu menjadi lambang keutuhan kasih sayang serta mengeratkan silaturahim antara sesama insan.




Biarpun tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir sejak awal jam 9 pagi, namun senyuman yang sentiasa terukir di raut wajah manisnya menterjemahkan segenap ruang bahagia selepas Adlin menemui jodoh dengan Emelda.


Kata Mak Mah, jemputannya sekadar 2,000 tetamu namun sudah menjadi kelaziman jumlah itu akan berganda dan ikhlas dari hatinya, dia berterima kasih kepada semua yang datang.

"Alhamdulillah kerana Allah memberikan laluan yang mudah pada hari ini. Semuanya berjalan dengan baik dan cuaca hari ini juga selesa tidak terlalu panas dan hujan pun hanya seketika.

"Semua yang datang mak raikan untuk sama-sama meraikan hari bahagia ini. Mak hanya insan kecil di depan Allah dan sebab itu mak tidak berkira soal modal kerana Dia yang memberikan rezeki," katanya.

Ruminah bersyukur kerana biarpun menantunya kurang sihat namun majlis itu berjalan sempurna. Malah, malam sebelumnya, kediaman itu disirami dengan doa serta bacaan ayat suci apabila diadakan acara marhaban untuk kesemua tujuh cucunya yang baru dilahirkan.

"Malam tadi pun ramai tetamu yang datang. Biasalah hidup berkampung sudah menjadi kewajipan untuk mak menjemput qariah berdekatan untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.



"Semua di kampung ini ialah kawan mak dan setiap kali ada majlis, mereka tidak pernah lupa menjemput mak bersama. Sesekali terbit rasa bersalah apabila undangan mereka tidak dapat dipenuhi kerana mak sibuk dengan kerja.



"Jadi pada hari ini, mak undang semua untuk mengeratkan silaturahim antara kami," katanya yang sesekali terpaksa memberhentikan temu bual untuk bersalaman dan berterima kasih kepada tetamu yang datang.



Dalam senyum, sesekali air matanya mengalir namun jauh di sudut hati, Mak Mah sebagai ibu terharu kerana impiannya untuk melihat anak dan menantunya bersanding dalam adat Jawa termakbul.



"Ia memang permintaan mak tetapi untuk menguruskan selok belok hal ini mak tidak pandai. Jadi mereka berbincang dengan perunding perkahwinan segala perancangan berkaitan persandingan hari ini.



"Tetapi, mak tetap sediakan satu pelamin khas untuk mereka di dalam rumah," kata Mak Mah yang tidak menang tangan pada hari bersejarah anak kesayangannya itu.



Majlis sambut menantu turut diserikan dengan kehadiran teman artis seperti Datin Seri Tiara Jacquelina dan suami, Datuk Seri Effendi Norwawi, Azean Irdawaty, Norlia Ghani, AR Badul, Maimun Talib, Serina Redzuawan, Anita Baharom, Rosnah Johari, AC Mizal dan isteri, Emylia Rosnaida.



Selesai bersanding, pasangan mempelai diarak ke meja santapan untuk upacara makan beradab disusuli acara memotong kek.

Pasangan pelakon, Aqasha dan Abby Nadzri menjadi pengapit kepada pasangan mempelai sepanjang majlis berlangsung.

Adlin, 38, sah bergelar suami kepada Emelda, 29, dengan sekali lafaz pada 23 Mei lalu apabila pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai & Rujuk, Pasukan Gerak Am Hulu Kinta, Zainuddin Abdul Arshad.



Pada majlis itu, Emelda menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 berserta mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran dibalas sembilan.



Usai upacara pernikahan selesai, diadakan majlis berinai yang disempurnakan di rumah pusaka keluarga Emelda di Kampung Batu Lapan, Chemor.



Mengulas mengenai perjalanan karier lakonan Emelda, Adlin dalam temu bual sebelum ini berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk meneruskan kerjayanya itu. Bagaimanapun, katanya apabila dikurniakan cahaya mata kelak, besar harapannya Emelda dapat menumpukan perhatian penuh terhadap rumah tangga.



"Waktu itu saya membayangkan tugas Emelda adalah membesarkan anak-anak dan menyambut saya pulang selepas seharian penat bekerja.


"Saya menjadikan pasangan ipar saya iaitu Emylia Rosnaida dan suami, AC Mizal sebagai contoh terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan kami.



"Mereka benar-benar bahagia dengan Emylia menjadi tulang belakang kepada suami dengan menguruskan kerjaya seni AC Mizal di samping tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada rumah tangga mereka," katanya.



kredir Gambar to Murai.com.my


Your Ad Here

Rossa : Saya masih isteri 'gantung' Yoyo.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani akui walaupun telah tinggal berasingan sejak setahun lalu, namun dia 'belum tahu' sama ada akan bercerai dengan pemain drum band Padi itu atau tidak.







Nuffnang Ads




Keayuan Rossa terserlah.

"KAMI memang sudah tinggal berasingan tetapi belum bercerai," jawab Rossa mengenai dakwaan yang mengatakan dia dan suaminya telah bercerai.

"Saya belum punya kekuatan untuk bercerai dan hanya berserah kepada yang di atas (Allah) agar memberi yang terbaik dan kekuatan kepada saya," kata Rossa sejurus selepas sidang media ‘Konsert Mini Cerita Cinta Rossa’ di ibu kota semalam.

Jelas Rossa, sebolehnya dia enggan menghebahkan tentang sebab sebenar hubungan dia dengan Yoyo atau nama sebenarnya Yoyo Prasetyo berantakan.

Malah tidak mengiyakan atau menidakkan yang puncanya adalah disebabkan ‘orang ketiga’.

“Saya rasa tak perlulah diceritakan tentang hal ini kerana ia mungkin disimpankan untuk cerita hidup saya.

“Banyak hal-hal yang tak sesuai untuk diceritakan tetapi kami akan berikan yang terbaik,” tutur penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan Terlanjur Cinta (duet dengan Pasha Ungu) ini.

Tambahnya, “Saya tak pernah bergaduh besar dengannya kerana kami masih memikirkan tentang anak.

“Saya anggap kami memang tiada jodoh dan berpisah (tinggal berasingan) secara baik.”

Rossa berkata mujurlah dia masih mempunyai ‘penggemar’ (peminat) yang membuatkan dirinya kuat untuk berhadapan dengan situasi sekarang ini.

Lalu, dia tidak mahu peminatnya terlalu mempercayai sesetengah sumber daripada media di Indonesia yang mengesahkan dirinya dengan Yoyo telah bercerai.


“Di sana (Indonesia) tidak semua cerita itu benar sebab ia hanya gosip sahaja.

“Saya hanya kuatkan semangat untuk membesarkan anak dengan baik-baik. Begitu juga dengan Yoyo. Hidup mesti diteruskan,” ujarnya yang akan berduet dengan Pasha daripada kumpulan Ungu dari Indonesia dalam konsert mini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Jun ini.

Konsert mini kedua di Malaysia

Para peminat Rossa berpeluang untuk menonton persembahannya ‘Konsert mini Cerita Cinta Rossa’ itu dengan lebih dekat di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail, pukul 8 malam.

Dia akan menyanyikan lebih 18 buah lagu sekitar satu jam 45 minit dengan iringan band yang didatangkan khas dari Jakarta.

Menurut Rossa, konsert mini ini merupakan salah satu ‘road tour’ yang diadakan selepas dia menjayakan konsert mini di tujuh buah kota di Indonesia iaitu Jambi, Jogjakarta, Palembang, Pekanbaru, Lampung, Padang, dan Medan.

“Saya cukup teruja untuk mengadakan konsert mini ini di hadapan lebih 3,000 orang penonton dan bisa membuatkan orang gembira kerana lebih mengutamakan intimasi untuk semua yang memuat turun lagu, muzik video dan penghias skrin saya.

“Saya harap dapat berada lebih dekat lagi dengan mereka kerana ketika mengadakan persembahan di hadapan 5,000 penonton di Bandung dan Surabaya, saya hanya boleh ‘perform’ tetapi tidak boleh berbicara dengan penonton,” beritahu Rossa.


Antara lagu yang akan didendangkan oleh Rossa adalah Tegar, Pudar, Sakura, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta, Ayat-Ayat Cinta termasuk dua buah lagu duet dengan Pasha iaitu Tercipta Untukku dan Terlanjur Cinta.

“Saya akan menyampaikan lagu-lagu berkaitan cinta seperti Terlanjur Cinta yang menyentuh tentang cinta saya sama manusia dan Tuhan, cerita tentang saya dan teman-teman yang menjadi inspirasi saya.

“Saya akan bercerita tentang latar belakang lagu. Jadi, orang akan tahu kenapa ada lagu Perawan Cinta, Hatinya Yang Kau Sakiti dan banyak lagi,” katanya.

Band tempatan, Sofaz dijangka akan membuka tirai persembahan dengan dua single terbaru mereka.

Persembahan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Hotlink dan Maxis sahaja.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert hanya perlu memuat turunkan pakej nada dering Rossa pada harga RM5 dengan menaip GET ROSSA1 dan hantar kepada 29000.

Mereka akan menerima SMS pengesahan yang mereka boleh gunakan untuk mendapat dua tiket percuma.


Your Ad Here

Watie (Elite) sudah serik

Apa sebenarnya yang berlaku di antara Watie dengan kawan Watie itu?Entahlah, saya tak ada apa-apa masalah dengan dia. Bila baca tuduhan dia mengatakan saya tak pulangkan pakaian dan aksesori dia tu, saya memang terkejut.







Nuffnang Ads






Saya malu sangat bang. Macamlah saya ni pencuri.Kalau tak benar, takkan dia nak mengadu benda macam tu? Mesti ada asas. Takkan dia nak tipu pula atau sengaja nak cetuskan sensasi?

Macam ni bang! Saya mengaku dia memang ada bagi saya pakaian. Dalam dua tiga, helai juga tapi benda ni dah lama. Masa dia kahwin dulu. Bukan kepada saya seorang tapi juga kepada kawan-kawan yang lain. Alasannya badan dia dah berisi. Baju tu dah tak boleh pakai. Daripada simpan, dia bagilah kepada saya. Sebagai kawan saya ambillah. Tapi saya tak sangka kerana benda tu dia nak ungkit yang saya tak pulangkan pakaian dia pula.

Mungkin dia tak puas hati apa-apa dengan Watie atau Watie ada buat salah dengannya?

Entahlah. Setahu saya memang saya tak buat salah apa-apa. Kalau betul saya ada buat benda yang dia tak suka kenapa tak cakap terus dengan saya? Sebagai kawan baik, mustahil saya tak jawab telefon dia. Mustahil saya tak nak jumpa dengan dia. Nombor telefon saya ni tak pernah tukar pun. Saya tahu mungkin dia kecil hati sebab saya dah jarang keluar dengan dia tapi dia kena ingat juga, saya ada anak, saya kena kerja cari duit. Kehidupan saya sekarang ni memang sibuk sangat. Tapi kenapa sampai nak masuk surat khabar?

Mungkin dia pinjamkan pakaian tapi Watie pula ambil terus.

Dia kata dia bagi pakaian tu. Saya ambillah. Kalau betul nak balik pakaian yang dia pun tak boleh pakai, saya boleh kasi. Bukannya saya tak ada duit nak beli baju sampai terpaksa pinjam daripada orang. Kawan bagi, kita ambillah. Tapi tak sangka sampai kecoh macam ni. Saya memang dah serik dah.

Serik? Serik macam mana tu?

Saya dah serik dah nak pinjam atau ambil barang daripada orang. Kalau ada orang atau peminat bagi barang ke apa-apa lepas ni saya tak akan ambil lagi dah. Saya takut jadi benda yang macam ni lagi. Sebelum ni ada peminat lelaki bagi barang dekat saya. Tapi bila saya tak layan cinta dia, dia ungkit macam-macam. Saya pelik kenapa boleh jadi macam tu sedangkan sebelum bagi barang dia ikhlas kononnya. Saya bukan tak mampu beli barang. Maaflah ya. Selama ni kalau nak shooting pun saya beli dengan duit saya sendiri.

Artis tu kata dia pernah telefon Watie tapi tak jawab. Dia hantar SMS pun tak jawab. Betul macam tu?

Kalau saya tak jawab mungkin saya tengah ada shooting di lokasi tapi saya akan telefon balik selalunya. Dia bukannya tak kenal dengan pengurus saya. Kalau susah nak cari saya, carilah melalui pengurus saya. Tapi sebetulnya saya tak dapat apa-apa mesej daripada dia. Diam-diam keluar cerita dalam surat khabar. Saya malu sangat sebab orang kata saya pinjam barang tak nak pulang balik. Tapi orang tak tahu cerita sebenar.

Watie anggap dia sengaja nak memburukkan Watie?

Saya rasa macam tu juga. Saya sedih bila saya nak naik sikit, nak berjaya sikit, macam-macam dugaan yang datang. Saya memang kecewa tapi tak apalah saya serahkan kepada Tuhan yang lebih tahu. Selama ni saya kerja bukan untuk orang lain tapi anak dan keluarga. Dulu pun macam tu juga orang asyik nampak buruk saya saja. Ingatkan benda tu dah habis rupa-rupanya masih ada.

Sebagai kawan mungkin Watie boleh maafkan dia sekiranya cara dia tak kena?

Saya maafkan dia. Jangan bimbang. Saya doakan dia supaya bahagia. Itu saja. Lepas keluar cerita pasal saya minggu lepas saya ada telefon dia tanya kenapa dia buat saya macam ni tapi dia tak mengaku. Tak apalah… saya faham dan akan berhati-hati lagi lepas ni. Mungkin ada kawan yang nak tengok kawan dia susah. Yang penting saya tak berdendam dengan sesiapa.

Ada apa-apa kesan bila cerita tu keluar?

Kesan tu ada la juga. Ramai yang tanya benda tu sampaikan saya tak larat nak jawab. Saya menangis baca kisah tu. Tapi syukur berkat kesabaran saya, ada satu syarikat produksi telefon dan nak bagi kontrak berlakon. Itu semua hikmah terhadap apa yang berlaku.

Bagaimana dengan cerita kononnya Watie mengganggu rumah tangga orang?

Saya pun ada dengar cerita tu. Saya nak jelaskan yang saya seorang pelakon. Bila di lokasi memang ramai kawan. Biasalah… orang lelaki ni tak ada yang nak mengaku dia tu dah kahwin. Bila saya berkawan dengan dia timbul cerita saya ganggu suami orang. Tapi selama ni saya tak pernah tahu pun lelaki yang saya berkawan dah kahwin sebab semuanya tak mengaku. Adakah salah saya?

Sekarang bagaimana? Adakah seseorang dalam hidup Watie?

Saya mengaku saya sekarang ni bahagia berkawan dengan lelaki yang lebih muda pada saya. Dia bujang. Nama dia "Y". Mula-mula saya tak suka dia tapi entahlah lama-kelamaan kami semakin rapat. Sebagai orang yang pernah berumahtangga, tipulah kalau saya tak memerlukan seseorang sebagai suami. Saya harap saya akan menemui "suami" itu suatu hari nanti.


Your Ad Here

Bangkok meterai ikatan

SETIAP wanita atau gadis yang hendak melangsungkan perkahwinan, pasti mengimpikan kenangan dilamar lelaki idaman akan tersemat di jiwa sebagai detik terindah dalam diari hidupnya.







Nuffnang Ads




Saya lamar Nikki di hari jadinya ketika kami bercuti bersama keluarga di Bangkok, Thailand, tahun lepas. – AUDI

Nikki juga begitu. Sementelah sepanjang hidupnya, cinta terhadap komposer ternama bergelar Audi Mok adalah cinta pertama yang terbit di jiwa.

"Sejak sekolah saya tidak punya teman lelaki. Selepas habis belajar, saya sibuk kejar cita-cita nak jadi penyanyi dan tiada masa untuk bercinta.

"Bila berkawan dan mengenali hati Audi, saya cukup serius dalam hubungan kami. Memang sejak kami serius, saya berhajat mahu berkahwin dengan kekasih pertama saya ini," cerita Nikki.

Berkenalan atas dasar profesional, seorang pendatang baru dunia nyanyian dan seorang lagi komposer yang sedang mengukir nama, Audi, 37, awalnya tidak pernah menyukai Nikki. Meminati gadis kelahiran Kota Kinabalu (KK), Sabah itu juga jauh sekali.

"Mula-mula kami bekerjasama adalah semasa saya menghasilkan single pertama Nikki untuk projek final Malaysian Idol. Saya menyampah bila melihat Nikki, dia nampak sombong.

"Setahun kemudian, Vernon menghubungi saya minta agar saya terlibat dengan pembikinan album pertama Nikki, Maharani.

"Ketika itu, saya cuba menolak tawaran itu sebab saya tak mahu nak bekerja dengan Nikki tapi sebab dipujuk oleh (pengurus Nikki) Vernon, saya terima juga.

"Sebenarnya, sepanjang pembikinan album pun saya masih tidak menyukai Nikki. Hubungan kami cuma bermula selepas selesai pembikinan album, itupun sebagai kawan. Selepas itu barulah kami bercinta," cerita Audi tentang kisah perkenalannya dengan Nikki yang bermula sejak tahun 2004.

Secara rasminya Nikki dan Audi sudah mendaftar sebagai suami isteri pada 30 Mei lalu.

Sungguhpun begitu, pasangan itu menunggu sehingga berlangsungnya upacara perkahwinan mengikut adat istiadat Kristian Katolik yang akan dijalankan di Gereja St. Xavier, Petaling Jaya pada 27 Jun 2009, Sabtu ini untuk tinggal sebumbung.

"Sebenarnya perkara itu sangat personal dan terpulang kepada setiap pasangan. Buat masa sekarang kami masih tinggal berasingan lagipun rumah saya yang terletak di Desa Petaling sedang diubahsuai, rasanya Julai baru selesai," jelas Audi selamba.


PIYU (kanan) berusaha membawa Nikki untuk menembusi pasaran Indonesia.

Lucu dan peramah ketika melayani usikan media tentang perkahwinan mereka, Audi dan Nikki seperti masih canggung duduk berdampingan sebagai suami isteri.

Audi dengan kerenah dan mimik muka yang akal manakala Nikki pula kelihatan serius walaupun dia jauh lebih muda daripada Audi.

Sepanjang bercinta, Nikki dan Audi juga tidak banyak keluar berdua-duaan seperti pasangan lain. Masing-masing sibuk dengan kerja sementelah Audi sendiri sentiasa dikejar ramai penyanyi dan penerbit album yang sentiasa mahukan sentuhan karyanya.

"Kami tiada istilah dating. Kalau berjumpa di studio untuk rakaman album pun asyik bergaduh. Audi sangat profesional. Dia tetap akan marah dan tegur saya jika nyanyian saya tidak mengikut piawaiannya," ujar Nikki yang ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul, Hawa di Borneo Baruk Club, ibu negara, baru-baru ini.

Dalam kesibukan tugas yang tidak pernah selesai itu, terdetik satu persoalan, bagaimana Audi melamar Nikki dan bagaimana rencana perkahwinan boleh menyelinap ke dalam hidup Audi dan Nikki.

"Saya lamar Nikki pada hari jadinya ketika kami bercuti bersama keluarga di Bangkok, Thailand, tahun lepas," kata Audi.

Sebelum menyambung cerita manis itu, Audi mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan klip video eksklusif yang merakamkan detik manis lamarannya terhadap Nikki untuk dikongsi bersama rakan media.

Dalam klip video yang dirakamkan di sebuah restoran makanan laut itu, kelihatan Nikki diajak menari oleh sekumpulan penari tradisional yang sedang membuat persembahan.


IMEJ dan tenaga Nikki menarik minat karyawan muzik negara jiran.

Nikki kemudiannya membuat pengumuman bahawa hari berkenaan merupakan hari jadinya dan saat itulah, Audi tampil melutut seraya meluahkan lamaran buat Nikki dan menyarungkan sebentuk cincin ke jari gadis impiannya.

"Saya terkejut bagai nak gila. Mulut saya ternganga dan kemudian menjerit dan menangis. Saya langsung tak sangka sebab Audi tak pernah romantik. Itulah perlakuannya yang paling romantik setakat ini.

"Kemudian baru saya terfikir, sebab nak rahsiakan perancangan lamaran itulah agaknya dia kelihatan sangat tertekan sejak kami hendak bertolak dari KL lagi," ucap Nikki penuh teruja.

Menurut Audi lagi, rencana lamaran berkenaan adalah ilham adik perempuannya, Jun.

"Keluarga saya asyik bertanyakan tentang perkahwinan. Sebenarnya, sebelum ke Bangkok lagi saya dah pernah rancang nak lamar Nikki, tapi tak pernah menjadi. Selepas balik dari Bangkok, kami bertunang iaitu pada 26 Disember 2008," katanya yang tidak merancang untuk menjadikan perkahwinannya dan Nikki pada 27 Jun nanti sebagai suatu acara besar-besaran.

Biarpun begitu, Nikki mahu memastikan suasana serba sederhana itu masih berlangsung dalam aroma dan rasa yang menyentuh perasaan setiap tetamu yang datang.

"Saya akan pakai gaun pengantin rekaan Jovian Mandagie, manakala Audi bakal pula mengenakan sut rekaan Lord's Taylor. Kami pilih warna putih dan gaun yang berkonsepkan pari-pari. Hari berkenaan saya kena kawal diri sebab saya pasti akan menangis nanti," kata Nikki.

Tiga hari sebelum majlis penting itu juga, Nikki pula masih ada komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Dia dijadualkan tampil dengan satu persembahan istimewa bertempat di Borneo Barok Club pada hari Rabu, 24 Jun ini.

Berkahwin dan dalam masa yang sama sibuk dengan persembahan serta promosi album kedua yang baru dilancarkan, tidakkah pertembungan itu sesuatu yang menyulitkan dan Nikki sengaja menempah kesibukan dalam diari hariannya.

"Tarikh 27 Jun dah ditetapkan sejak kami bertunang lagi. Ketika itu, kami tidak menyangka akan sesibuk sekarang. Nampaknya saya terpaksa menempuh jadual ketat ini walaupun agak kesempitan waktu.

"Saya dahulukan buat majlis di KL juga telah menyebabkan ibu saya menangis, katanya sampai hati tak nak buat majlis di KK.

"Saya kena selesaikan apa yang dirancangkan, kemudian di Melaka dan Ogos nanti, akan ada satu lagi majlis resepsi di KK," jelas Nikki.

Memilih Bali sebagai destinasi berbulan madu, Nikki dan Audi merancang mengambil cuti singkat bermula 2 hingga 7 Julai depan.

Berpotensi tembusi Indonesia

Selepas Maharani, Nikki kini tampil dengan konsep yang lebih matang sesuai dengan statusnya, isteri orang menerusi Hawa yang sudah dipasarkan sejak Disember 2008.

Hawa yang mendapat sentuhan khas Audi Mok selaku penerbit itu menampilkan lagu-lagu yang segar antaranya Oh My, Selamat Tinggal, Relakan , Belasmu dan Cantik.

Rezeki menamatkan zaman bujang. Mungkin itulah istilah yang paling tepat buat Nikki kerana dalam masa yang sama, dia sibuk dengan rencana melebarkan sayap ke tanah seberang.


AUDI merupakan kekasih pertama Nikki.

Sudah beberapa pertemuan dilakukan bersama penerbit di Jakarta bahkan ketika majlis pelancaran albumnya juga, ada kelibat penganjur dari Jakarta turut sama menyaksikan persembahan pembukaan daripada Nikki.

"Saya datang untuk melihat-lihat dan terkejut dengan konsep lagu serta persembahan daripada Nikki, ia jauh meleset daripada jangkaan saya selama ini. Saya pernah lihat Amy Mastura dan Ziana Zain, tapi Nikki sudah jauh meninggal era begitu," kata Satriyo Yudi atau Piyu mewakili syarikat Jas Merah dari Jakarta yang sedang berusaha membawa Nikki ke sana.

Menurut Piyu yang juga gitaris kumpulan Padi itu, konsep dan imej yang dibawa oleh Nikki dilihat ada potensi jika berjaya menembusi Indonesia.

"Saya lihat Nikki punya tenaga dan bakal ada peluang besar," akui Piyu yang kebetulan ada di KL kerana terlibat dengan Pesta Malam Indonesia 3, Sabtu lalu.


Your Ad Here

Kasih Bapa Tiri

Sebagai bapa tiri, kita kena menganggap anak-anak tiri macam anak-anak kita. Kalau tidak, kita akan pecah kepala. Kalau kita juga anggap tanggungjawab membina keluarga sebagai ibadah, maka tidak akan timbul gejala yang bukan-bukan.






Nuffnang Ads



Tiada beza kasih sayang

KEMESRAAN antara mereka terpancar seiring pancaran mentari yang menerobosi jendela studio tarian itu. Berpakaian sedondon, keakraban antara pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 30, dengan kanak-kanak berwajah kacukan itu tidak nampak bagai lakonan.

Ketika Tengku Iskhan sedang membelek-belek telefon bimbit, kanak-kanak itu, Qalif Khan datang rapat ke sisinya sambil memberikan pelukan spontan. Begitulah jua keadaannya dalam kebanyakan masa sepanjang pertemuan antara Kosmo! dengan kedua-duanya di studio tari Linda Jasmine Performing Arts Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ada sahaja dakapan dan rangkulan manja yang hinggap sesama mereka.

Dari rupa paras, Qalif dan Tengku Iskhan yang dipanggil Daddy itu jelas tidak memiliki persamaan biologi. Namun, itulah kasih suci antara seorang bapa tiri dengan anak tirinya.

"Qalif sayang Daddy dan Daddy sayang Qalif," ujar Qalif. Tengku Iskhan kemudian bertanya 'banyak mana?' sambil tersenyum. Kanak-kanak itu berkata, 'sehingga ke infiniti,' ujarnya sambil melentokkan kepalanya ke bahu Tengku Iskhan.

Tengku Iskhan atau lebih dikenali sebagai Que Haidar berkahwin dengan ibu Qalif, guru tari profesional, Linda Jasmine Murad Hashim, 36, pada Februari lalu. Serentak detik itu, Que yang belum pernah berkahwin menjadi 'bapa segera'.

"Kali pertama Qalif memanggil saya Daddy, berbaur rasa dalam jiwa saya. Ada juga rasa gembira dan terkejut, eh...aku dah ada anak?" katanya tertawa.

"Masa itu juga, pelbagai soalan bermain dalam kepala. Boleh ke aku nak jaga dia, bolehkah dia menghormati aku sebagai 'bapa' dan macam-macam lagi.

"Tetapi, apabila saya merenung kembali akar kepada perkahwinan adalah untuk membina keluarga, saya menjadi tenang dan sedar Qalif juga adalah sebahagian daripada keluarga dan menjadi tanggungjawab saya. Kini, semuanya berjalan lancar," katanya.

Que berkata, sejujurnya dia tidak berasa sukar untuk menyesuaikan diri menjadi seorang bapa.

KEAKRABAN yang terjalin antara Que Haidar dan anak tirinya, Qalif Khan.

"Saya adalah anak kelima daripada 10 adik-beradik. Jadi, saya ada banyak adik. Anak saudara pun, ada 16 orang. Oleh itu, saya biasa bergelumang dengan kanak-kanak.

"Tambahan pula, Qalif memang seorang anak yang sangat bijak dan tahu menyesuaikan diri dengan keadaan. Apabila saya balik kampung di Johor, dia tidak mengalami masalah langsung sama ada untuk bergaul atau komunikasi," katanya. Qalif yang mewarisi darah Melayu, India dan Amerika dari sebelah ibu serta Cina dan Afghanistan dari sebelah bapa kandungnya tidak mengalami masalah untuk berbahasa Melayu.

Que berkata, dia amat menyayangi Qalif dan mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu menonton kartun.

"Qalif dan saya amat rapat. Apabila di rumah, kami suka menonton kartun bersama. Linda pun tak faham dengan perangai kami berdua. Adakalanya, saya main game bersama Qalif walaupun saya sebenarnya tidak gemar bermain game. Bagi saya, yang penting, anak-anak perlu sentiasa ada teman dan sebaik-baik teman adalah keluarga.

"Saya terharu dengan kasih sayang yang dia tunjukkan kepada saya. Masa hari jadi saya pada 30 Mei lalu, dia hadiahkan jaket untuk saya dan sempena Hari Bapa ini, dia sudah mula tanya saya macam-macam. Kalau dia melayan saya seperti bapa kandung, mengapa saya mahu layannya dengan cara yang berbeza?" ujarnya.

HANAFFI (berdiri) berusaha memahami minat kesemua anaknya sama ada anak kandung mahupun anak tiri.

Ditanya, bagaimana pandangannya tentang stigma masyarakat yang mengaitkan bapa tiri dengan perkara-perkara negatif seperti kejam atau hanya mahukan si ibu, Que memberikan jawapan bernas.

"Bagi saya, niat berkahwin itu kena betul. Kalau anda berkahwin kerana ada agenda tertentu atau kerana faktor kecantikan atau kekayaan wanita, itu akan membawa masalah. Saya juga berpendapat bahawa keikhlasan itu penting, dan apabila ikhlas maka segala yang baik akan bergerak selari," ujarnya.

Menganggap perkahwinan dan anak-anak sebagai rezeki, Que bersyukur dengan hamparan perjalanan hidup yang tersurat buatnya. Tambahan pula, dia bakal menimang cahaya mata sendiri tidak lama lagi memandangkan Linda kini berbadan dua.

"Apapun, saya amat sayangkan Qalif. Saya sayang dia macam anak saya sendiri. Kadang-kadang saya terlupa yang saya bukan bapa kandungnya. Bagi saya, andai saya sudah memiliki anak sendiri, saya tidak akan serabutkan kepala untuk membezakan anak-anak.

"Saya tidak mahu fikir, ini anak tiri..., itu anak kandung. Bagi saya, anak adalah anak. Saya akan berusaha untuk menjadi bapa yang baik," katanya.

POTRET yang diabadikan ketika pernikahan Que dan Linda pada Februari lalu.

Ditanya bagaimanakah dia menjaga hati Qalif agar dia tidak berkecil hati jika ditegur atau sebagainya, Que menjawab Qalif seorang anak yang baik.

"Sebagai bapa, kita kena tegur apabila anak buat salah. Saya juga ada menegur dan bertindak tegas tetapi pada akhirnya, saya akan mengucapkan I love you, agar dia faham yang kita marah kerana sayang. Qalif pun jenis yang tidak suka merajuk. Dia biasanya terima teguran dengan baik dan berkata Ok... Daddy.. I love you Daddy dan cium," kata Que yang berazam untuk menjadikan arwah bapanya, Tengku Haidar Tengku Daud sebagai idola dalam membesarkan anak-anaknya.

Sementara itu, usahawan, Datuk Ir. Hanaffi Daud, 43, yang mempunyai dua anak tiri mengakui, menjadi bapa tiri bukanlah suatu yang mudah.

"Susah menjadi bapa tiri. Tiada yang sempurna. Sedangkan dengan anak-anak kandung sendiri pun, sukar untuk kita memberikan kasih sayang yang sama rata, inikan pula ada anak tiri.

"Tetapi, kaedah saya mudah sahaja. Saya akan berikan tumpuan dan kasih sayang berdasarkan karektor anak itu sendiri. Kalau dia jenis yang sukakan perhatian atau manja, saya berikan lebih perhatian, kalau dia memang jenis yang suka berdikari, saya gunakan pendekatan yang serupa," katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

TUMPUAN Que buat Qalif.

Hanaffi berkata, dia menganggap anak sebagai amanah dan tanggungjawab sebagai ibadah.

"Sebagai bapa tiri, kita kena menganggap anak-anak tiri macam anak-anak kita. Kalau tidak, kita akan pecah kepala. Kalau kita juga anggap tanggungjawab membina keluarga sebagai ibadah maka tidak akan timbul gejala yang bukan-bukan.

"Saya cuma memainkan peranan sebagai bapa kepada anak-anak tiri saya dengan sebaiknya. Tetapi, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka. Saya doakan agar mereka menjadi insan yang berjaya," katanya bernada tulus.


Your Ad Here

Kasih teragung seorang lelaki

MENGENANG seorang ibu barangkali jauh lebih mudah daripada mengenang bakti dan jasa seorang ayah. Banyak puisi atau gurindam Melayu yang sering bercakap tentang wanita bergelar ibu, tetapi antara sedar atau tidak, balada seorang lelaki bergelar ayah mungkin kurang tercanai.






Nuffnang Ads




Berbanding wanita bergelar ibu, entah kenapa nama ayah jarang berlagu di bibir, meski pun sentiasa hidup di teratak jiwa.

Jarang juga ada puisi yang mengagungkan kecintaan anak terhadap ayah bahkan jarang benar ada lagu yang bergema meratapi kasih ayah. Kalau ada pun tidaklah sekerap dendangan buat ibu.

Kenapa agaknya? Bukankah ayah juga insan teragung dalam carta manusiawi?

Sebagai jawapan yang paling nurani, mungkin ketegasan ayah tidak mampu membatasi kelembutan sang ibu, atau syurga yang bergentayangan di kaki ibu melebihi ukuran kasih sayang insan.


Itulah hakikat atau mungkin juga, sifat lelaki itu secara natural menolak sesuatu yang bersifat sentimental. Tidak mengapa jika kasih padanya tidak dilaungkan asalkan di hati ia teguh bersemi.


Sesungguhnya walau tidak banyak dimadah gurindam, seorang bapa kekal sebagai ‘wira’ paling perkasa di hati seorang anak.

Bapa satu anugerah tidak ternilai buat seorang anak. Dia permulaan sebuah kehidupan, dialah juga penjaga yang menjadi kekuatan sebuah keluarga. Tanpanya, si anak berdiri tanpa pegangan, ibarat kapal yang kehilangan nakhoda.

Ayah, abah, papa ataupun abi, masing-masing punya pilihan untuk memilih antara frasa keramat itu sebagai gelaran. Di hati semua, selain ibu, bapalah insan utama, kemuncak murni kemuliaan insan.

Pengorbanan mereka tiada terhingga, bakti mereka tidak terhapus walaupun nun jauh di perbatasan bumi.


Kasihnya paling ikhlas – Jamal

‘ARWAH adalah kawan baik saya’, itu luahan pertama daripada lelaki seribu kisah, Jamal Abdillah, 50, apabila bicara tentang bapa dibangkit demi mengisi secuit kisah.

JAMAL (duduk tengah) menjadi kebanggaan keluarga.

Muhammad Ali Hussien, demikian nama yang diberi, nama yang kekal beraja di hati Jamal sehingga ke akhir hayat sebagai pemilik kasih sayang yang paling ikhlas.

“Arwahlah orang paling besar kasih sayangnya terhadap saya, paling suci, paling ikhlas berbanding semua wanita yang pernah menjadi kekasih saya,” tambah Jamal lagi.

Menjadi lelaki separuh abad, separuh juga hidupnya terisi dengan noda hitam, penyanyi tersohor itu mengakui, orang yang paling besar pengorbanan terhadap dirinya ialah Allahyarham Haji Ali Hussien, bapanya yang meninggal dunia lebih setahun lalu.

“Seperti saya yang selalu berdiam ketika dihambur dengan pelbagai kata, ayah juga begitu. Bayangkanlah dengan tugas dan statusnya sebagai penceramah agama yang mengajar orang lain tentang kebaikan sedangkan anaknya pula tidak sunyi dengan gejala negatif.
“Bayangkan bagaimana hancurnya perasaan dia, bagaimana dia berdepan dengan masyrakat. Tetapi kepada saya, arwah tidak pernah menunjukkan rasa kecewa.


JAMAL amat sedih dengan kematian bapanya.

Sebaliknya, dia tidak pernah jemu menyokong dan menasihati. Daripada kenalan dan adik-beradik yang lain, saya dapat tahu, arwah tidak pernah putus meminta sesiapa sahaja untuk tolong menasihati, tolong tengok-tengokkan Jamal, itulah pesanan ayah setiap berjumpa sesiapa sahaja, ” kata Jamal mengingati perihal arwah bapanya ketika hayat.

Kata Jamal, daripada raut wajah dan tingkah laku, arwah bapanya tidak pernah menunjukkan kesusahan jiwa. Cuma badannya sahaja yang akan menunjukkan reaksi jika hidupnya dilanda tekanan.

“Kesihatannya akan terjejas dan dia akan jatuh sakit setiap kali keluar berita yang tidak menyenangkan tentang saya. Kalau saya okey, keadaan arwah juga okey. Dia akan selalu tersenyum dan wajahnya akan berseri-seri. Itu yang saya dapat tahu daripada kakak dan keluarga saya,” ujar Jamal lagi.


Manusia normal mana yang tidak pilu apabila ayahanda tercinta pergi untuk selamanya. Kata Jamal, dia juga begitu. Namun, dia cuba menjauhi rasa terkilan kerana seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, mereka sempat bertentang mata dan arwah bapanya sempat berpesan.

JAMAL berjaya menunaikan hasrat arwah bapanya yang mahu dirinya menjejakkan kaki ke Mekah.

“Katanya, jauhi maksiat, jangan buat dosa besar dan jangan tinggal solat. Itu pesanan terakhir yang saya pegang dan akan turuti hingga akhir hayat,” luah Jamal yang sangat mengagumi ketaatan ayahanda dalam mengerjakan ibadat ke hadrat Ilahi.

Hasrat besar ayahandanya yang mahu Jamal menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah juga sudah ditunaikan.

“Arwah selalu bercakap tentang Tanah Suci, dia mahu sangat saya ke sana ketika hayatnya masih ada. Secara kebetulan, saya mengikuti satu delegasi ke Universiti Al-Azhar, sempat juga saya mengerjakan umrah. Sengaja saya rahsiakan daripada pengetahuan arwah.

“Tiba di Mekah, saya telefon dia dan beritahu di mana saya berada. Tiba-tiba arwah jadi sebak dan tidak boleh bercakap, dia terharu sebab saya tunaikan keinginan beliau. Saya tak boleh lupa saat itu,” kongsi Jamal bernostalgia tentang sekelumit kisah bagi mengenang seorang lelaki bergelar bapa.

Belajar bisnes daripada arwah bapa

SEGALA kejayaan yang dikecapi pelakon dan penyanyi Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar dalam kehidupannya kini semuanya bertitik tolak daripada tunjuk ajar arwah bapanya yang dipanggil abah.

KENANGAN arwah Abdul Rafar (kanan) pada majlis perkahwinan pertama Linda Rafar bersama Kefli.

Katanya, bapanya tidak pernah berhenti mencurahkan segala kasih sayang dan ilmu perniagaan kepadanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya.

“Abah selalu bawa kami adik-beradik ke pejabatnya sejak berumur tiga tahun lagi dan masa kecil pun kami sudah mempunyai kad nama masing-masing.

“Tujuan abah buat begitu untuk biasakan kami dengan perniagaan dan pada umur 13 tahun saya sudah memiliki telefon bimbit sendiri yang dibeli abah, katanya mudah untuk berurusan dengan orang. Lima tahun selepas itu saya sudah mula aktif dalam bidang seni,” tuturnya.

Tambah Diana, arwah bapanya tidak pernah mengenal erti putus asa dan penat ketika mengepalai syarikat produksi yang diberi nama Menara Tiga Production.

Mungkin kerana itu, kakak-kakaknya yang lain turut menubuhkan syarikat produksi mereka sendiri iaitu Video Bang Production dan Chempa Murni Production.

Namun, Diana sedikit terkilan kerana arwah bapanya tidak sempat melihat kejayaan D'Lugano Spa syarikat miliknya yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

“Dalam kedua-dua syarikat kakak-kakak saya, abah yang menjadi orang kuat sebalik penubuhannya termasuklah album saya bersama kakak, tetapi syarikat saya dia tidak sempat lihat.

“Saya menjadi Diana Rafar hari ini semuanya kerana didikan abah. Jatuh bangun dalam perniagaan dan kesungguhan abah bekerja membesarkan kami adik-beradik membuatkan saya menjadikan abah sebagai idola,” ujar anak bongsu daripada enam beradik ini.

Bicara isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini lagi, saat arwah bapanya sedang sakit tenat kerana sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, dia masih mengambil berat tentang kerjaya anak-anaknya.

“Abah walaupun sedang sakit dia memaksa kami untuk keluar bekerja daripada berada di rumah sahaja kerana dia memang seorang yang sangat rajin bekerja.

“Saya masih ingat dia ajar saya sebagai ketua syarikat kita harus datang ke pejabat lebih awal daripada kakitangan lain.

“Perkara pertama yang harus dibuat apabila tiba di pejabat, kita harus mencatat apa yang ingin dilakukan pada hari itu dalam sebuah kertas supaya misi perniagaan lebih jelas,” terangnya.

Selain itu, Diana sekeluarga juga selalu melancong ke luar negara bersama arwah bapanya, namun lokasi yang paling tidak dapat dilupakan ialah di Kota Mekah.

“Dalam banyak-banyak negara yang kami lawati saya paling terkilan kerana arwah abah tidak sempat mengerjakan umrah di Mekah bersama kami.

“Kami pergi umrah pada tahun 2002 dan ketika itu abah sedang sakit, hanya emak yang pergi bersama dan arwah meninggal dunia pada tahun 2005,” kata Diana.

Bercakap tentang perkahwinan yang berlangsung pada 16 Mei lalu meskipun berjalan dalam suasana meriah dan ceria masih terselit kesedihan yang tidak dapat dipendam wanita berusia 27 tahun ini.

“Saya sedih apabila terkenang semasa kakak-kakak saya berkahwin abah yang menjadi wali tetapi apabila tiba waktu perkahwinan saya abah sudah tiada dan tanggungjawab itu diambil oleh oleh abang saya Airul Azmi Rafar.

“Apa yang bertambah membuatkan saya sedih abah pun sempat kenal dengan Zamarul cuma tidak dapat saksikan kami disatukan,” kata Diana.


Sanggup berlapar demi anak-anak

SEGUNUNG emas hendak dicurahkan, namun ketentuan Ilahi tidak mampu mengubah rancangan manusia. Panggilan daripada-Nya terlebih dahulu disambut, dan sebagai anak, diri hanya mampu berdoa agar roh insan penuh jasa itu ditempatkan di kalangan hamba pilihan.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Syukri Shahabuddin jarang menemukan peminat ke lembaran pilu yang pernah melewati hidupnya. Ayahnya meninggal dunia saat diri sedang mengecap kejayaan.

“Masa arwah pergi, saya tengah popular dengan lagu Mahligai Syahdu. Sebab itulah saya tak berapa gemar lagu berkenaan,” ucap Hattan, terhenti sementara menyusun cerita hati.

Dalam nada suara yang mula bergetar, bisik Hattan: “Arwah idola saya. Dulu keluarga saya pernah susah. Arwah selalu berpesan, kalau mahu buat sesuatu, buatlah sampai sukses, sampai berjaya dan jangan sesekali bersikap tamak. Dia selalu menyokong apa sahaja kemahuan dan tak pernah marah saya.


“Dia juga tidak pernah meragui anak-anak, kakak saya pernah tiga kali ambil peperiksaan LCE, tapi ayah tetap sabar. Masa saya nak jadi penyanyi, dia tak pernah mempersoalkan malah sentiasa menyokong.”

Menurut Hattan juga, bapanya pernah bergelar usahawan berjaya namun nasib adakala tidak menyebelahi, pernah arwah bapanya jatuh terduduk dan terpaksa menoreh getah demi sesuap nasi untuk keluarga.

“Arwah pernah jadi tauke balak, tapi kami pernah jatuh miskin dan ayah sanggup jadi penoreh untuk pastikan kami cukup makan. Dia juga jenis yang tak pernah cakap pasal susah atau tiada duit depan anak-anak.

“Masa sekolah, saya pernah tinggal di asrama dan perlukan duit untuk bayar yuran. Bila suarakan pasal duit, ayah ajak saya sama-sama panjat pokok kundang, petik buah dan jual. Ayah berikan duit jualan untuk saya bayar yuran,” cerita Hattan menahan sebak.

Menyambung kisah dalam sendu yang cuba ditahan, katanya: “Pernah ayah berbohong kepada kami, katanya dah makan, sedangkan sebenarnya dia belum makan, dia berlapar demi anak-anak. Dia macam tu, itu yang buat saya sedih bila terkenangkan dia.”

Kepayahan hidup adakala sebuah ujian. Faktor itulah yang mendorong kembara Hattan bergelar anak seni hanya untuk suka-suka. Datang ke Kuala Lumpur, tekadnya bulat mahu mencari rezeki untuk mengubah hidup sekeluarga.

Pengorbanan bapa menjaga, mendidik dan memberikan haluan buatnya memang tidak terbayar dengan wang ringgit. Sedikit-sebanyak, didikan arwah bapa menjadi pegangan Hattan untuk mendidik satu-satu anaknya, Adam Eiman yang sedang membesar.

“Sekurang-kurangnya saya cuba membalas jasa keluarga. Pertama kali dapat duit royalti sebagai penyanyi, saya hantar ibu bapa saya mengerjakan ibadah haji. Niat di hati nak belikan ayah kereta, tapi usianya tidak panjang. Dia meninggal dunia sebulan selepas kembali dari Tanah Suci,” beritahu Hattan dalam sebak yang masih bersisa.

Ketika hayat, arwah bapanya ada keinginan untuk menempatkan keluarga, ibu serta tujuh orang adik-beradik dalam sebuah rumah besar.

“Itu impian dia, impian itu yang cuba saya tunaikan. Saya berikan semua itu kepada emak saya yang masih hidup,” beritahu Hattan di hujung perbualan.

Itulah antara lambang kasih seorang anak. Buat anak-anak yang masih punya ayah dan ibu, jangan tunggu sedikit masa atau hari esok untuk menunjukkan kasih kalian.

Sempena Hari Bapa yang diraikan penuh makna esok, Kosmo! mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua pemilik gelaran itu, tak kira di mana berada, bangsa mahupun agama.


Your Ad Here

Air mata lelakinya pernah mengalir - Gara-gara Amylia dan Emelda difitnah

SEORANG lelaki, suami, bapa dan datuk bernama Abdul Hamid Md. Ally yang dilahirkan pada 6 Mei 1944 sudah setahun lebih meninggalkan dunia untuk kembali mengadap Ilahi.







Nuffnang Ads





EMELDA antara anak yang paling rapat dengan arwah bapanya.

Walaupun pemergiannya diratapi oleh seluruh ahli keluarga pada 24 Februari 2008 di Hospital Ipoh, Perak, namun kepergian arwah diterima dengan perasaan reda dan terbuka.

Biarpun begitu, kehilangan bapa yang dicintai sepenuh jiwa dan raga tidak membuatkan dua adik-beradik glamor, Amylia Rosnaida dan Emelda Rosmila terus memadamkan ingatan terhadap orang tuanya itu.

Amylia dan Emelda sebaliknya terus 'berkomunikasi' dengan arwah bapa sewaktu berkunjung ke pusaranya yang terletak di kampung halaman mereka di Ipoh. Barangkali ada yang beranggapan mereka agak pelik atau sudah hilang akal, namun itulah realitinya.

Menurut isteri kepada selebriti terkenal tanah air, AC Mizal, dia akan menceritakan setiap perkembangan terbaru keluarganya kepada arwah bapa tatkala melawat ke kubur.

"Kami sekeluarga menganggap arwah bapa seolah-olah masih hidup. Lantaran itu, apabila saya ke pusaranya, saya akan beritahu keadaan dan perjalanan terkini keluarga.

"Boleh dikatakan banyak benda yang saya 'sembang' dengan arwah semasa mengunjungi kuburnya. Biasanya kisah yang diborakkan tentang perihal saya, suami dan anak-anak.

"Saya akan bagi tahu suka dan duka karier suami saya, progres anak-anak yang semakin membesar dan kehidupan yang dijalani oleh saya sendiri selepas ketiadaan arwah bapa.

"Puas hati rasanya dapat berkongsi kisah hidup kami bersama-sama arwah bapa yang sudah tiada. Sekurang-kurangnya arwah dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kami yang sudah ditinggalkan sejak tahun lalu," katanya yang mendapat amanat daripada arwah agar mendidik anak-anaknya untuk bergelar seorang tokoh politik yang disegani.


Sambung wanita jelita itu, kalau ingin dirungkaikan satu-persatu momen indah bersama arwah bapanya memang tidak akan terbilang dengan jari. Terlalu banyak untuk dizahirkan jasa, khidmat dan bakti lelaki itu.

"Besar sungguh pengorbanan arwah bapa sepanjang hayatnya yang mendidik saya hingga akhirnya saya sudah berada di tahap sekarang.

"Memanglah arwah merupakan orang kampung dan tidak berpendapatan tinggi, namun dia tetap berusaha dengan kudrat yang tidak seberapa untuk membesarkan kami adik-beradik.

"Pengorbanan arwah yang tidak dapat dilupakan hingga waktu ini adalah sikap terbukanya dan tidak henti-henti memberikan perangsang semasa saya dan Emelda bergelar artis.

"Dia tidak mudah melatah bahkan jauh sekali untuk melenting kepada kami jika ada cerita yang tidak elok disiarkan oleh pihak media. Dia sebaliknya terus memberi galakan kepada saya tanpa mengenal erti jemu.

"Kalau ada kontroversi yang melanda kepada saya, dia pantas memperlihatkan sokongan kepada saya. Pernah jugalah air mata lelakinya mengalir dek mengenangkan cerita-cerita jahat tentang saya sebelum ini.

"Tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mempercayai cakap-cakap nakal yang disebarkan. Dia percaya dengan anak perempuannya sewaktu saya pernah dilemparkan dengan cerita kurang enak.

"Disebabkan itulah saya cukup menyanjungi bapa hingga bila-bila. Bukan itu sahaja, saya cukup bersyukur apabila dikurniakan seorang bapa yang amat memahami," ujarnya dalam nada sedikit beremosi ketika berbicara bersama Kosmo! baru-baru ini.


ARWAH Abdul Hamid (duduk, kiri) sempat menatap wajah anak kedua yang dilahirkan Amylia.

Amylia menjelaskan, dia tidak berpeluang untuk menjaga arwah yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis disebabkan masih dalam pantang selepas melahirnya cahaya mata keduanya, Fea Eryssa Mizal Zaini.

Dia bagaimanapun sempat menatang bapanya bagai minyak yang penuh sebelum ini apabila lelaki yang dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang itu mulai sakit dan dimasukkan ke rumah sakit untuk tempoh beberapa kali.

"Siapa sahaja yang tidak sedih kerana tidak dapat berada di sisinya sewaktu saat-saat akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, tetapi saya pasrah dengan suratan ini.

"Semasa masih sarat mengandung, saya sempat menjaga kebajikan arwah bapa dengan ahli keluarga lain. Kami berusaha menyediakan rawatan yang terbaik untuknya sebelum ini supaya dia lekas sembuh. Sebaliknya Tuhan lebih menyayangi dia.

"Selepas dia meninggal dunia kami satu keluarga sering mengadakan majlis bacaan tahlil di Ipoh. Boleh dikatakan setiap bulan jugalah majlis ini dilakukan. Bahkan pernah mengupah individu lain untuk melaksanakan Haji untuk arwah bapa.

"Kubur arwah bapa juga dihias dengan indah sekali. Kami lakukan semua ini semata-mata untuk arwah bapa. Walaupun kami menyedari pengorbanan selama hayatnya masih wujud sebelum ini tidak terbalas, namun kami tetap mahukan berikan yang terbaik untuk dia.

"Saya anggap kejayaan yang saya dan keluarga perolehi hari ini tidak akan tercapai tanpa doa dan sokongannya," jelas Amylia yang mewarisi sikap bapanya yang petah berbicara dan peramah.

Sebelum menamatkan perbualan, Amylia sempat meluahkan definisi bapa untuk dirinya. Ia tidak ada dalam mana-mana kamus yang wujud melainkan kamus hidup empunya diri.

"Bapa merupakan sebutir mutiara yang tiada nilai gantinya," beritahu Amylia yang bakal menikmati makan malam indah bersama suami dan anak-anak sempena Hari Bapa esok di samping tahlil untuk arwah bapanya dalam waktu terdekat.

Sahabat setia Emelda

Sama sahaja seperti kata kakaknya, Emelda, 29, berpendapat bahawa arwah bapanya merupakan seorang individu yang sentiasa berfikiran positif semasa hayatnya masih dikandung badan.

"Saya antara anak yang paling rapat dengan arwah bapa. Semasa kami kecil memanglah dia garang dan tegas apabila mendidik anak-anak.

"Sebaliknya apabila kami sudah besar dan ada kerjaya masing-masing, dia mulai bertukar sikap menjadi insan yang sentiasa memberi galakan.

"Arwah bapa juga mengambil berat dengan segala tindak-tanduk kami agar kelak tidak diperkatakan oleh orang di sekeliling terutama apabila Amylia dan saya bergelar artis.

"Situasi anak perempuan rapat dengan bapa jarang sekali berlaku. Justeru saya lihat hubungan rapat yang terjalin di antara saya dan arwah bapa sebelum ini kelihatan berbeza.

"Bayangkan apabila saya bebas meluahkan perasaan terutama bercerita kisah suka dan duka saya bergelar anak seni. Dia ibarat bapa dan kawan yang selalu menyokong segala keinginan dan kemahuan saya.

"Oleh itu kalau saya melawat kubur arwah bapa, saya tetap akan 'bercerita' pelbagai hal yang berkaitan saya. Baru-baru ini saya ada bercakap tentang perkahwinan saya kepadanya.

"Bagaikan sudah terbiasa apabila saya dan keluarga lain akan melaporkan apa jua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing," jawabnya perlahan.

Sepanjang hidup Emelda, dia sentiasa memberikan hadiah berharga tanpa mengira hari tertentu kepada arwah bapa dan ibu kesayangan yang kini menjadi tempat mengadu, Rokiah Ibrahim, 63.

"Saya akan beri mereka hadiah mahal yang mengikut kemampuan kerana saya mahu mereka juga menggunakan barang yang saya pakai dalam kehidupan.

"Memanglah mereka selalu cakap ia membazir, tetapi saya cakap kepada mereka bahawa semua ini dilakukan demi memberikan yang terbaik kepada mereka.

"Barangkali saya ikut perangai arwah bapa yang tidak kedekut selama dia masih hidup. Lantas saya tidak kisah untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk beli itu dan ini kepada mereka," kata si pengantin baru yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Adlin Aman Ramli sebulan lalu.


SEMASA hayatnya, bapa Amylia dan Emelda merupakan seorang yang pemarah.

Emelda memberitahu, dia tidak berkesempatan untuk melihat bapanya menghembus nafas terakhir kerana sedang terikat dengan jadual lakonan.

"Sebelum pergi menjalani penggambaran, saya sempat jugalah sediakan makanan untuk dia makan di hospital. Ketika itu saya mengambil keputusan untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh sebab risaukan keadaan kesihatan bapa yang mula-mula masuk hospital pada penghujung tahun 2007.

"Saya, emak dan adik-beradik lain yang banyak meluangkan masa untuk menjaga bapa di sana kerana Amylia sedang menunggu hari untuk bersalin.

"Suatu hari setelah semuanya selesai saya bekerja macam biasa di Kuala Lumpur sehingga dihubungi bahawa bapa sudah meninggal dunia.

"Walaupun bersedih kerana kehilangan seorang bapa dan kawan, namun saya harus akur dengan ketentuan Tuhan," akhiri Emelda dalam ingatan yang masih basah terhadap lelaki kurus tinggi lampai itu.


Your Ad Here

Mulan masih bersendiri

ATURAN perjalanan hidup ini kadang-kadang seperti sudah ditulis. Jadi, bagi penyanyi sensasi Indonesia, Mulan Jameela, dia akur setiap apa juga pilihan pasti mengundang persoalan.







Nuffnang Ads




Perkahwinan bukan cara untuk menamatkan kontroversi kepada penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Sexy ini

Mudah bagi penyanyi yang cukup masyhur dengan single, Makhluk Tuhan Paling Sexy ini, kamus kehidupan mempunyai ceritanya sendiri.

Dalam suka bergaul duka namun bagi Mulan, tiada apa yang perlu diperdebatkan, kerana itu setiap apa juga aturan yang direncanakan Ilahi mempunyai sebab tersendiri.

Justeru katanya, sehingga ini dia masih senang bersendirian tanpa lelaki bergelar suami biarpun media Indonesia tidak pernah jemu membongkar kisah hidupnya.

Sejak dikaitkan menjalin hubungan dengan vokalis Dewa 19 yang dikatakan genius muzik, Ahmad Dhani, hidup Mulan tidak setenang dulu.


Kembali mengulangi pendiriannya pada pertemuan di Grand Millenium Kuala Lumpur, Khamis lalu, Mulan tegas berkata, dia masih sendiri.

Perkahwinan katanya, bukan penamat segala kontroversi atau isu sensasi yang menyerang dirinya kerana rahsia Tuhan tiada siapa yang tahu.

“Saya cuma mencari apa yang terbaik untuk diri, karier serta keluarganya,” kata ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini dengan tenang.

Wanita yang bakal berusia 30 tahun pada 23 Ogos ini berkata, asakan gosip serta kontroversi yang menerpa sedikit masa lalu pernah membuatkan pintu hatinya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki.

Tohmahan pedih serta kata-kata yang mencalar perasaan membuatkan dia takut untuk membuka pintu hatinya dan menerima cinta baru.

Namun, Mulan akur, sebagai manusia dia tidak mampu melawan fitrah hidup. Perlahan-lahan perasaan takut itu diusir jauh dan kini dia bersedia untuk berteman.

Apakah ini bermakna dia sudah mempunyai kekasih? Jawab wanita kelahiran Garut, Jawa Barat dalam senyuman namun masih cuba berteka-teki: “Saya sudah mula berani buka diri untuk menjalin sebuah perhubungan”.

Katanya, dia tidak terlalu memilih lelaki yang ingin bertakhta di hatinya cuma persoalannya, apakah jejaka itu bersedia menerima dua anaknya, Tiarani Savitri, 9, dan Muhammad Rafly Aziz, 6?

“Saya juga harus dipilih kerana jika tidak, bagaimana hubungan itu bermula? Saya mendambakan seorang lelaki yang tidak hanya menerima diri ini, tetapi juga anak-anak dan keluarga,” kata Mulan yang bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu.

Mengulas hubungannya dengan Ahmad Dhani, terutama selepas perceraian lelaki itu dengan Maia Ahmad, Mulan berkata persahabatan mereka berjalan atas dasar profesional.

Jelasnya, dia enggan memikirkan segala pandangan serong terhadap dirinya kerana apa yang penting ketika ini adalah terus berkarya.

Akui wanita yang petah berbicara ini, dia semakin mengerti dengan mainan media di negaranya lalu membiarkan saja mereka mencipta apa saja gosip atau cerita mengenai dirinya.

“Untuk apa saya melenting atau marah kerana jika saya mengulas, ia hanya memberi manfaat kepada penyebar gosip itu. Jadi, berdiam diri lebih baik kerana lama kelamaan mereka akan penat.

“Disebabkan terlalu banyak gosip mengenai kami, Ahmad Dhani pernah bergurau: “Ayuh, kita realisasikan saja apa yang diperkatakan ini,” kata Mulan merujuk reaksi diberikan Ahmad Dhani mengenai kisah mereka yang kerap diperbualkan di media.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Maia yang pernah tampil bersamanya ketika mereka membentuk duo, Ratu, wanita berdarah Sunda ini berkata, mereka pernah bertemu dua kali selepas berpecah.

“Kami masih bersalaman dan bertanya khabar namun saya mengerti, perpecahan Ratu bermakna kami membawa haluan hidup masing-masing. Namun saya masih menghormatinya,” katanya.


Promosi Makhluk Tuhan Paling Sexy

BIARPUN sudah lebih setahun dipasarkan di negara ini, Mulan belum sempat mempromosikan album pertamanya itu di Malaysia.

Pembubaran EMI Music Malaysia membuatkan beberapa perancangan tertunda namun dia mampu tersenyum semula apabila Metadome Sdn Bhd mengambil alih urusan pemasaran produk EMI Indonesia di negara ini.

Populariti lagu itu, kata Mulan, bukan saja membantu penjualan album solo perdananya malah ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi, tawaran persembahan untuknya tidak berkurangan.

“Alhamdulillah, populariti lagu itu sangat kuat biarpun pada awal kemunculan ia mengundang sedikit pro dan kontra,” katanya.

Baru hadir bersama single terbaru, Cinta Mati 2 duetnya dengan Mitha, Mulan berkata, pembikinan album keduanya sedang berjalan dan perancangan mereka, ia akan menemui peminat Julai nanti.

Lagu Cinta Mati 2 katanya, adalah saduran kepada lagu yang dipopularkan Sergio Mendes iaitu Real Life namun diberi sentuhan baru oleh Ahmad Dhani.

“Awalnya ia dimuatkan dalam album kedua tetapi apabila ada penerbit dari stesen televisyen mendengar, lalu mereka meminta saya persembahkan dalam sebuah rancangan. Sambutannya sangat baik dan apa yang menggembirakan ia membantu penjualan nada dering pemanggil (RBT),” katanya.

Cuba berahsia mengenai pengisian album keduanya, Mulan bagaimanapun, tidak menafikan sebahagian besar lagu bakal dimuatkan adalah rakaman semula lagu popular.

“Itu bukan bermakna karyawan Indonesia ketandusan idea sebaliknya saya cuba mengembalikan semula lagu yang baik untuk dihayati pendengar muda.

“Melakukan rakaman semula mengundang risiko besar. Jika boleh dibuat dengan lebih baik itu bermakna kita berjaya, tetapi jika sebaliknya ia pasti mengecewakan. Saya memilih lagu berdasarkan gerak hati. Jika berasa tidak mampu, saya akan menolak kerana nyanyian harus datang dari hati,” katanya yang memilih beberapa lagu lama lain untuk dimuatkan dalam produksi itu.

Info:

Nama Asal: Raden Terry Tantri Wulansari

Nama Komersial: Mulan Kwok/Mulan Jameela

Tempat Lahir: Garut, Jawa Barat

Tarikh Lahir: 23 Ogos 1979

Bekas suami: Harry Indra Nugraha

Album: Ratu & Friends (2005), No Satu (2006), Mulan Jameela (2008) dan The Best Of Republik Cinta Artists Vol 1 (2008)

Filem: Maaf Saya Menghamili Istri Anda (2007)

Drama TV/Telefilem: Primadona Mencari Surga, Pasangan Heboh, Bodyguard Sang Penyanyi, Penyanyi Yang Difitnah, Habis Manis Suami Dibuang dan Serumah Tapi Musuh



Your Ad Here

Siapa Amir di hati Ella?

PERNAH timbul rungutan sukar mendapatkan Ella untuk fotografi lebih-lebih lagi jika tiada buah tangan terbaru darinya untuk dihebahkan kepada peminat. Malah, pernah timbul cerita dia membatalkan fotografi di saat akhir walaupun sudah berjanji untuk menunaikannya gara-gara tiada benda untuk dipromosikan.







Nuffnang Ads






Komposer muda akui wujud 'chemistry' antaranya dengan Ratu Rock

Maka timbul tuduhan kononnya Ella hanya bersedia bertemu media semata-mata untuk mengambil kesempatan. Penyanyi yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 43 pada tanggal 31 Julai depan itu bagaimanapun ada alasan tersendiri.

Jadual persembahan dijadikan alasan penyanyi manja ini kenapa sukar melihat wajahnya menghiasi dada akhbar mahu pun majalah. Sekali pun tidak banyak publisiti mengenainya, undangan persembahannya masih bertimpa-timpa sehingga waktu untuk diri sendiri hampir tiada.

Bagaimanapun rungutan dan dakwaan itu seakan benar apabila Ella tiba-tiba muncul sejak single terbarunya Puisi Hamba mendapat putaran meluas di corong radio. Lebih-lebih lagi album terbarunya pula Ella-Greatest Hits dilancarkan.

"Ella bukannya senyap dari dunia nyanyian tetapi terikat dengan persembahan di merata tempat dan juga menunaikan sesi fotografi untuk majalah.

"Gara-gara terlalu sibuk dengan jadual persembahan yang padat, proses menyiapkan album Ella-Greatest Hits ini juga tertangguh-tangguh. Ella mula masuk studio untuk merakamkan tiga buah lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi ini selepas tahun baru yang lalu tetapi April barulah album ini berjaya disiapkan.

"Mastering dilakukan di Kuala Lumpur tetapi adunan dilakukan di Australia. Untuk album ini Ella gunakan khidmat komposer baru bernama Amir kerana Ella sukakan hasil kerjanya walaupun dia orang baru. Ella tak kisah dia baru atau lama asalkan muzik dihasilkan bagus kerana Ella tidak sampai hati nak bagi peminat dengar kalau lagu itu tak bagus," katanya yang baru saja melancarkan album ke 12 baru-baru ini.

Ella The Greatest Hits memuatkan sebanyak 32 buah lagu baru yang dipilih penyanyi kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Klang, Selangor dan menampilkan tiga buah lagu baru selain Puisi Hamba album itu turut memuatkan lagu Jiwa Setia dan Mencari.

Bercerita mengenai kolaborasi bersama komposer baru Amir Syawal, penyanyi yang nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkata, mereka bertemu di studio Junction sebelum puasa tahun lalu. Dari perkenalan singkat itu mereka sepakat berkolaborasi untuk menghasilkan album, malah mereka sudah pun merancang untuk bekerjasama menghasilkan album penuh yang disasarkan siap sekitar September nanti.

Amir Syawal yang sebelum ini terbabit di dalam pembikinan komersial televisyen dan animasi pula menyatakan dia tidak pernah bermimpi dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi terkenal seperti Ella. Namun 'chemistry' yang pantas wujud antara mereka memudahkan kerja masing-masing.


Tiga lagu diciptanya itu mungkin kedengaran berbeza daripada Ella yang dulu tetapi Amir tidak terlalu mengubahnya supaya identiti penyanyi itu masih lagi kekal.

AMIR senang bekerjasama dengan Ella.

"Kami bertemu beberapa kali dan melalui pertemuan itu kami berbincang untuk bekerjasama. Pada mulanya saya e-mel pada Jojie lagu dalam simpanan saya dan Ella terus terpikat. Lagu sebenarnya sudah lama berada dalam simpanan, hanya setelah bertemu dengan Ella barulah impian untuk melihat lagu dikomersialkan jadi kenyataan," kata Amir yang serasi bersama Krang yang bertindak sebagai penulis lirik.

Sambung penyanyi yang terkenal dengan sifat manja ini pula, album ini cukup istimewa kerana konsep albumnya tampil dengan ilustrasi warna berbeza dengan albumnya sebelum ini. Bagi menghasilkan album ilustrasi warna-warni itu, Ella mendapatkan khidmat Elan Hasyim.

Bukan itu saja, Ella yang juga kakak kepada penyanyi Korie ini juga berhasrat menghasilkan beberapa barangan seperti kemeja-t dan buku nota bagi mempromosikan album barunya ini dengan sentuhan ilustrasi juga daripada Elan Hasyim.

Info

# Ella memulakan karier nyanyiannya sejurus tamat zaman persekolahan apabila dia menyertai kumpulan The Boys. Dia merakamkan suara buat pertama kalinya pada 1886.

# Selepas menghasilkan dua buah album bersama The Boys, dia mengambil langkah berani muncul sebagai penyanyi solo pada 1986. Hit pertamanya Pengemis Cinta diterbitkan Ramli Sarip.

# Selain menyanyi, Ella turut bergelar pelakon. Antara filem lakonannya Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992) dan Hanya Kawan (1997).

# Artis Malaysia pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Album itu berjaya mengejutkan industri muzik tempatan apabila terjual sehingga 300,000 unit yang tidak pernah dicatatkan mana-mana penyanyi sebelum ini.

# Ella juga adalah artis Malaysia pertama yang menerima anugerah platinum sebanyak lima kali.


Your Ad Here

Sinetron Terbaru : Aku Terseksa Berbohong Didera

Sinetron Terbaru : Aku Terseksa Berbohong Didera ( Pelakon Utama Manohara, Sutradara Daisy Fadjarina)

Posting ini saya tuju khas kepada Manohara Odelia Pinot dan bukan berniat menghina warga indonesia...








Nuffnang Ads





Siapa Manohara Odelia Pinot(Pelakon Utama)?

Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, Indonesia, 28 Februari 1992; umur 17 tahun), gelaran manjanya ialah 'Mano', merupakan seorang bekas model dari Indonesia. Wajahnya cantik kerana memiliki darah campuran Perancis dan Bugis. Dia boleh berbahasa Inggeris, bahasa Perancis selain bahasa Indonesia.

Siapa Keluarga Manohara Odelia Pinot?

Bapanya George Mann warganegara Amerika Syarikat dan ibunya bangsawan Bugis, Daisy Fadjarina. Mereka tinggal di Jl Anggrek Cendrawasih Kav 5-7, Slipi, Jakarta Barat. Manohara bertemu dengan Tengku Temenggung Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra sewaktu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Jakarta pada 2006. Tengku Muhammad Fakhry merupakan putera ke-3 Sultan Kelantan.

Daisy Fadjarina (Ibu Manohara & Sutradara)


Daisy Fadjarina merupakan seorang mengidap penyakit kanser, Daisy juga mempunyai hutang dan masih tidak mampu membayar hutang tersebut. Dalam kebanyakan sidang media di televisyen Indonesia, Daisy sentiasa bertudung dan biasa menggunakan telefon canggih. Daisy menafikan dia dan suaminya berhutang semasa berada di Perancis. Beliau juga menafikan dipenjara selama 4 dan 18 bulan kerana menyiksa pembantu rumahnya Shaliha pada Februari 2007. Dikatakan, Daisy lari ke Indonesia dan tidak ada perjanjian ektradisi Indonesia-Perancis. Hal ini dilaporakan dalam akhbar Perancis , Nice Matin pada 22 April 2008.

Bertemu Ibunya (Daisy Fadjarina) Daisy mendapat maklumat bahawa Manohara ada di Hotel Royal, Scotts Road, Singapura untuk menziarahi menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan jantung. Lalu Daisy dan anaknya Dewi terbang ke Singapura untuk bertemu Manohara . Atas maklumat seorang wanita, Daisy bertemu dengan Manohara di lif tingkat 3 hotel tersebut. Ketika itu Manohara sedang menjerit-jerit agar tidak dihalang-halang oleh pengawal. Sepasukan polis Singapura kemudian datang menenangkan keadaan. Manohara Odelia melarikan diri ke Jakarta dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Walaupun tanpa dokumen lengkap, Manohara berjaya tiba ke Jakarta dengan bantuan Kedutaan Indonesia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama Jabatan Imigresen Singapura. NGO Indonesia iaitu Laskar Merah Putih bertanggungjawab membawa lari wanita itu dari Singapura.

Sumber : Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Manohara_Odelia_Pinot

Manohara Didera??? Adakah ini satu konspirasi atau kenyataan? atau sekadar lakonan murahan Manohara untuk mendapat pulisiti. Disini saya nyatakan 4 bukti yang menunjukan bahawa Manohara dan Ibunya Pembohong dan berniat jahat keatas Institusi Beraja Kelantan.

BUKTI PERTAMA ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada, diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya dan kesan lebam di seluruh badan.






seterika di dahi dan dada? fikir sendiri ya





ketika perkahwinan & Gambar terbaru

Disuntik hormon hormon untuk menambah berat badan? hahaha

BUKTI KEDUA Peguam, OC Kaligis menarik diri daripada mengendali kes Manohara Odelia Pinot kerana menganggap bekas model berusia 17 tahun itu tidak serius dengan dakwaan didera oleh suaminya iaitu putera Sultan Kelantan, Tengku Fakhry. OC Kaligis berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina lebih sibuk menghadiri wawancara di stesen televisyen daripada menjalani pemeriksaan perubatan dan membuat laporan polis.





BUKTI KETIGA Ratna Sarumpaet seorang aktivis wanita turut menarik diri daripada membantu Manohara kerana menyifatkan dua anak beranak berkenaan tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan mereka. Beliau berkata, keluarga Manohara harus segera meminta maaf kepada pihak Istana Kelantan, rakyat Malaysia dan masyarakat Indonesia jika tidak mampu memberikan bukti yang kuat atas tuduhan yang dibuat.


Jakarta - Ibunda Manohara Odelia Pinot, Daisy Fajarina, tak ambil pusing dengan keputusan Ratna Sarumpaet menarik dukungannya atas kasus yang menimpa anaknya. Daisy mengatakan itu adalah hak Ratna dan dia tidak menyesalkannya.

"Nggak masalah, itu hak dia," kata Daisy menanggapi penarikan dukungan Ratna dalam
jumpa pers di Hotel Hyatt, Jl MH Thamrin, Jakarta Pusat, Selasa(26/5/2009).

"Dia (Ratna) sering nelepon tapi nggak saya angkat. Mungkin dia marah. Saya kan juga manusia,
waktu dia nelepon saya pas tidur atau mandi, jadi wajar kan nggak saya angkat," imbuh Daisy.

Menurut Daisy, Ratna telah memberitahukan kepada dirinya mengenai penarikan dukungan
itu sejak 18 Mei lalu, 16 hari sejak dirinya meminta bantuan ke Ratna Sarumpaet Crisis Centre.
Karena itu dirinya justru kaget ketika Senin(25/5/2009) kemarin Ratna masih datang ke Mabes.

"Ibu Ratna sudah kasih tahu pencabutan itu tanggal 18 Mei. Saya malah kaget kok dia nongol
lagi di Mabes. Saya heran kok dia tahu saya mau datang ke Mabes," aku Daisy seraya
menunjukkan SMS dari Ratna yang berisi pencabutan dukungan tersebut.

Daisy menampik jika dikatakan dirinya tidak serius mengurusi masalah ini.
Mengenai bukti-bukti yang belum dia serahkan, itu hanyalah disebabkan persoalan
waktu. "Mau saya serahkan, hanya belum sempat saja," akunya.

BUKTI KEEMPAT Di sebalik kisah sedih yang sedang dihadapi Manohara Odelia Pinot tersimpan kisah lainnya. Kabarnya, setibanya di Indonesia, Manohara dan ibunya pergi ke sebuah "club" di bali walaupun mendakwa didera. Benarkah didera?



walaupun diseterika didada, manohara masih lagi boleh ke "club" bersama ibunya ;))


Manohara : maaf ya, saya kurang sihat... (ketika baru pulang dari malaysia)

Oleh kerana sinetron ini penuh dengan penipuan. Manohara dan ibunya menyambung kembali episod lalu dengan episod terbaru berjudul, Aku Berbohong Aku di Perkosa






tetapi sutradara hebat dari malaysia, lebih dikenali sebagai admin INDONCELAKA. Hanya mampu ketawa sampai menangis, hahaha. Kenapa? Manohara mendakwa dia perkosa pada usia 15 tahun (2007). Jika difikir pada logik akal manusia waras, wajarkah seorang Putera Raja memperkosa anak berumur 15 tahun? tidak dinafikan bahawa semua manusia mempunyai nafsu tetapi agak mustahil seorang Putera Raja yang terkenal dengan adab dan sopan yang tinggi dan mahu melakukan pekara sebegitu. Mari kita tunggu sambungan sinetron ini...



Your Ad Here

Muaturun

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain.
[Download disini]



Mawi dan Ekin Buka Butik

6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut.


Sam Bunkface Betul2 Cium Juliana Evans?

Ramai yang sudah nampak Juliana sering bersama Sam, penyanyi utama kumpulan Bunkface. Apabila ditanya adalah lelaki itu buah hatinya, tanpa mahu berselindung Juliana menganggukkan kepala.

Dengan ringkas dia mengaku hubungan mereka masih sukar ditafsirkan kerana detik manis percintaan itu masih terlalu baru.

“Saya mengaku dia memang teman rapat saya. Buat apa nak sembunyikan perkara yang benar. Saya juga mengaku kami memang baik,” ujarnya.

Bercerita mengenai perkenalan mereka jelas gadis berusia 19 tahun ini pada mulanya Juliana digandingkan dengan Saleha iaitu adik kepada Sam dalam sebuah drama.

Mengetahui hal itu Sam selalu memuji Juliana melalui Saleha sehinggalah Saleha memaklumkan hasrat Sam untuk berkenalan dengan Juliana. Selepas bertukar-tukar nombor telefon melalui Saleha, akhirnya hubungan Juliana dan Sam menjadi semakin rapat apatah lagi kedua-dua mereka tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan orang lain.

Menganggap ada keserasian mungkin kerana kedua-duanya berdarah kacukan, sebab itulah hubungan mereka menjadi akrab sehinggalah ia boleh diangkat sebagai kekasih.

“Ya! Kami selalu keluar bersama dan kadang-kala jika ada waktu terluang kami turut tengok wayang,” katanya.

Juliana menolak dia memilih Sam menjadi temannya itu kerana Sam seorang penyanyi yang sedang meraih populariti tatkala lagu Situasi menjadi kegilaan remaja ketika ini. Baginya, yang lebih penting bukan status seseorang sebaliknya persefahaman.

Akuinya lagi bercinta atau berkawan sesama artis lebih mudah kerana kedua-duanya akan faham mengenai tugas masing-masing.

“Saya pernah beberapa kali putus cinta gara-gara berjumpa dengan lelaki yang tak faham dan suka mengongkong.

“Malah saya pernah berhadapan dengan lelaki yang tidak pernah percaya dengan saya. Bila keluar dengan kawan-kawan pun dia cemburu.

“Akhirnya saya buat keputusan lebih baik putuskan saja hubungan sehinggalah saya bertemu dengan Sam.

“Setakat ini saya gembira dengan hubungan ini kerana ia berjalan dengan baik,” kata Juliana yang mengakui keluarganya menerima hubungan mereka itu..


Pengurus: Ida tak mungkin mabuk, dia baru balik dari umrah!

BERTUBI-TUBI telahan yang dibuat apabila insiden aktres Ida Nerina tergelincir tangga sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakangnya hingga menjadi berita gempar dalam industri hiburan tempatan semalam.

Kini, pelakon utama filem 'Susuk' ini sedang berehat untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan tulang belakangnya selepas insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Difahamkan, Ida terpaksa berehat panjang untuk membolehkan tulang belakangnya pulih seperti sediakala. Insiden yang tidak disangka-sangka itu membuat ramai peminat Ida tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi.

Dua hari lalu, pengurus Ida, Fizar Harun terpanggil memberi kenyataan rasmi bagi menafikan bekas guru Akademi Fantasia 7 itu terjatuh akibat 'dipukul'. Belumpun reda spekulasi itu, timbul pula andaian yang baru.

Desas-desus terbaru pula mengatakan yang Ida terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk'. Andaian demi andaian, juga spekulasi mengundang cakap-cakap sumbang yang jelas tidak menyenangkan pihak keluarga Ida.

"Mana ada Ida 'minum' dan 'mabuk' sebab dia baru balik dari umrah. I don't think so..," ujar Fizar, semalam.

Menurut Fizar, dia tidak percaya dengan spekulasi itu memandangkan Ida baru balik dari tanah suci tiga minggu lalu bersama suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) dan keluarganya.

Lantas, Fizar berharap supaya segala spekulasi dan andaian yang tidak masuk akal itu dihentikan segera. "Spekulasi itu adalah mustahil. Saya tak nak dia stres sebab berita itu tidak benar.

"Keluarga Ida juga minta orang ramai hormat dan memberikan sokongan kepadanya. Doakan dia pulih dengan cepat," beritahu Fizar.

Fizar juga menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan Ida menaiki dua tangga menuju ke ruang makan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa ditambah pula dengan lantai terazo yang licin.

"Ketika saya melawatnya petang tadi (semalam), saya tengok keadaan dia lemah sikit kesan dari pembedahan kelmarin tapi doktor kata dia 'ok' dan tidak menggalakkan orang ramai melawatnya bagi memberinya ruang untuk berehat," tambah Fizar yang belum mendapat apa-apa laporan mengenai kemungkinan Ida akan lumpuh.

Katanya, "Terlalu awal untuk mengatakan tentang itu kerana dia nampak macam biasa."


Sinetron Manohara Segera Ditayangkan

Manohara Odelia Pinot akan terjun ke dunia sinetron, mengangkat kisah pilu perkawinannya dan ketika di seksa dengan Pangeran Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

BUKTI KETIGA Ratna Sarumpaet seorang aktivis wanita turut menarik diri daripada membantu Manohara kerana menyifatkan dua anak beranak berkenaan tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan mereka. Beliau berkata, keluarga Manohara harus segera meminta maaf kepada pihak Istana Kelantan, rakyat Malaysia dan masyarakat Indonesia jika tidak mampu memberikan bukti yang kuat atas tuduhan yang dibuat.

Jakarta - Ibunda Manohara Odelia Pinot, Daisy Fajarina, tak ambil pusing dengan keputusan Ratna Sarumpaet menarik dukungannya atas kasus yang menimpa anaknya. Daisy mengatakan itu adalah hak Ratna dan dia tidak menyesalkannya.

"Nggak masalah, itu hak dia," kata Daisy menanggapi penarikan dukungan Ratna dalam jumpa pers di Hotel Hyatt, Jl MH Thamrin, Jakarta Pusat, Selasa(26/5/2009).

"Dia (Ratna) sering nelepon tapi nggak saya angkat. Mungkin dia marah. Saya kan juga manusia,

waktu dia nelepon saya pas tidur atau mandi, jadi wajar kan nggak saya angkat," imbuh Daisy.

Menurut Daisy, Ratna telah memberitahukan kepada dirinya mengenai penarikan dukungan

itu sejak 18 Mei lalu, 16 hari sejak dirinya meminta bantuan ke Ratna Sarumpaet Crisis Centre.

Karena itu dirinya justru kaget ketika Senin(25/5/2009) kemarin Ratna masih datang ke Mabes.

"Ibu Ratna sudah kasih tahu pencabutan itu tanggal 18 Mei. Saya malah kaget kok dia nongol

lagi di Mabes. Saya heran kok dia tahu saya mau datang ke Mabes," aku Daisy seraya

menunjukkan SMS dari Ratna yang berisi pencabutan dukungan tersebut.

Daisy menampik jika dikatakan dirinya tidak serius mengurusi masalah ini.

Mengenai bukti-bukti yang belum dia serahkan, itu hanyalah disebabkan persoalan

waktu. "Mau saya serahkan, hanya belum sempat saja," akunya. Sebuah rumah produksi SinemaArt berminat mengangkat kisah hidupnya dalam sebuah sinetron. sinetron itu akan ditayangkan dalam masa yang terdekat.



Rini AF7 & tunangnya

Rini AF7 & tunangnya
Gambar ini dikatakan Rini AF7 bersama dengan tunangnya yang bernama Johanis Nordin. Nampak diorang ni okay dan serasi. Semoga kalian berdua bahagia sentiasa.

Rini AF7 & tunangnya

Gambar Nurfarahin Jamsari Bertudung Ekin
Sensasi dan terkenal waktu penampilannya di TV3 dahulu. Kini dia sudah muncul kembali dengan gaya yang lebih anggun mengikut peredaran zaman. Penukaran tudung juga penting agar kelihatan tidak ketinggalan zaman. Nurfarahin mengambil gambar-gambar bersama rakan-rakannya juga yang mengayakan tudung jenis tudung ekin.

Nikki dan

Audi Mok akan Berkahwin Pada Jun

Komposer terkenal Audi Mok akan disatukan dengan penyanyi Nikki pada bulan Jun ini. ..[Cerita Selanjutnya]

Imej Terbaru Awie

Jawab isu Saman Pekida

Rockers popular Awie muncul dalam majlis pelancaran filem Dimensi Cinta dengan imej baru. Lihatlah rambutnya ala-ala anak muda gitu.
[Lihat Gambar Terbaru Awie]