Nora Masih Fobia Dengan Lelaki

Posted by On 7:53 PM

MENGENALI sosok Nora Danish Hanif, dia memang wanita yang manis. Dia seorang yang agak memendam rasa, lemah lembut dan paling sukar melampiaskan kemarahannya di hadapan orang.






Nuffnang Ads



Nora enggan rujuk

Maka saat hidupnya dilanda badai dan taufan menghempas kiri dan kanan, sewaktu rumah tangga yang dibina kurang sebulan merangkak usia dua tahun berkecai, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri ini masih berupaya tersenyum.

Waktu itu pula, dia diceraikan suaminya, Rizal Ashram Ramli dalam keadaan sedang mengandung anak sulung mereka yang kini berusia dua bulan, Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli.

Punca perceraian, selain daripada kurang persefahaman, turut dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.

Semuanya bagai satu tsunami dalam hidup Nora. Pada usia 26 tahun kini dia telah melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan.

Namun setiap ribut yang melanda, kata Nora, disertakan bersama satu ketenangan. Hanya ketenangan tersebut masih belum diraih sepenuhnya.

Selepas sekian lama pelakon ini menyepi diri, pagi Jumaat lalu dia hadir dengan semangat baru. Semangat yang lebih kuat dan terserlah melalui setiap bicaranya. Banyak perancangan yang telah disusun dalam agenda hariannya pada masa hadapan.

Umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, Nora berkongsi cerita lara dan bahagianya. Akuinya, pada awal dirinya memegang status janda beranak satu, dia malu kepada diri sendiri.

"Saya tak tahu apa pandangan masyarakat mengenai saya pada waktu itu. Lagi pula saya bercerai dalam usia yang muda dan mempunyai anak satu. Namun lama-kelamaan saya membiasakan diri untuk hidup sebagai seorang ibu tunggal dan tidak segan membawa status ini.



"Sebagai manusia, kita tidak pernah tahu nasib seseorang. Tapi percayalah, setiap yang terjadi, ada hikmah yang menanti," katanya positif.

Mengajak Nora menyelak lara diri sepanjang proses berhadapan dengan masalah rumah tangga dan kemudian bercerai, kata Nora, ia memberi kekuatan bagi dirinya dan paling penting, ada pelajaran paling bernilai untuk dia kutip dan jadikan panduan hidup.

Antaranya, kata wanita kacukan Myanmar dan Melayu ini, dia belajar untuk lebih berhati-hati, mengenal lelaki yang didampingi secara lebih dalam lagi dan jangan pantas menyayangi seseorang.

"Saya tak pernah salahkan apa yang telah berlaku. Saya percaya runtuhnya rumah tangga adalah mungkin kerana kesilapan saya sendiri. Begitu juga dengan pihak bekas suami.

"Mungkin sewaktu berkahwin saya tidak terfikir bahawa setiap detik manis itu tidak akan kekal selamanya.



"Dan saya juga tidak mempersiapkan diri dengan dugaan-dugaan seperti ini. Jadi apabila ia datang, saya tewas," katanya berbahasa.

Nora menarik nafas panjang sebelum menyambung. Katanya, kegagalan rumah tangga yang lalu membuat dia berasa fobia dengan makhluk bernama lelaki. Keperitannya masih berbekas. Lukanya dalam, tekan Nora lagi.

Justeru, katanya, untuk masa ini, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Membesarkan Raiqal adalah fokusnya.



Tegas Nora lagi, perkataan rujuk semula juga tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya walaupun dia disarankan rujuk kembali demi masa depan anak.

"Insya-Allah, saya tidak akan rujuk semula demi anak. Saya tak mahu mengheret semua perasaan curiga saya bila kami rujuk kembali dan rumah tangga jadi tidak harmoni.

"Lagipun saya bimbang jika seseorang itu pernah melakukan perbuatan itu sekali, mustahil dia tidak boleh melakukannya lagi.


NORA kini juga kurang mempercayai wanita.

"Cukuplah dengan perceraian lalu... saya masih fobia dengan lelaki. Nak kahwin lain, rasa macam serik. Tapi saya tak mahu takbur kerana siapalah saya untuk melawan takdir Tuhan jika esok lusa, saya ditakdirkan berkahwin semula.

"Saya rasa saya menipu untuk berkata saya tidak sunyi dan memerlukan lelaki dalam kehidupan saya. Hanya sekarang bukan waktu yang sesuai," katanya panjang lebar.


Lantas saya tanyakan lelaki bagaimana yang dirasakan mampu menjadi payung buat dia berteduh dengan aman. Nora tersenyum. Dia menolak untuk memberi jawapan klise - lelaki yang bertanggungjawab.

Kata Nora, siapa pun lelaki yang akan datang dalam hidupnya kelak, dia tidak memilih kekayaannya, darjatnya, pangkatnya atau statusnya, kerana dia yakin dengan belahan jiwa yang diberikan Tuhan buatnya.

Namun yang akan dititikberatkan adalah latar belakang lelaki tersebut - 'nakal' ataupun tidak.

Bahagia membesarkan Raiqal

Wajah Nora yang berasal dari Kuala Terengganu berbunga ceria saat topik bicara berkisar tentang lelaki yang kini bertakhta di dalam hatinya - Raiqal.

Bayi lelaki itulah yang membuat kolam hatinya banjir dengan kebahagiaan. Hari-harinya tidak akan lengkap tanpa Raiqal.

Biar mengakui kekok membesarkan Raiqal pada awalnya, kini seperti juga ibu lain, Nora betah meledani Raiqal tanpa jemu.

Jadual hariannya juga bertukar. Biar perlu bangun setiap empat jam pada waktu malam dan sesekali bimbang melihat Raiqal menangis, kata Nora, proses yang dilaluinya memberi sejuta makna.

"Saya pun tak sangka perjalanan hidup saya begitu laju. Berkahwin, bercerai dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Alhamdulillah, bahagia saya membesarkan Raiqal begitu membuak-buak.

"Melihat dia tergelak, tidur, makan dan bermain membuatkan saya bahagia. Mujur juga keluarga saya dan bekas mertua begitu mengambil berat tentang Raiqal.

"Sekarang saya, mak saya dan mertua bergilir-gilir menjaga dia," katanya yang begitu bersyukur kerana hubungan akrab dengan mertua membuatkan kasih sayang keluarga Rizal Ashram terhadap Raiqal akan terus mengalir.

Bisnes bunga

Kini, selepas dua bulan berehat, Nora bersedia untuk kembali memeriahkan persada seni.

Akan memulakan penggambaran drama dengan beberapa produksi bermula April depan, kata Nora, kali ini dia harus lebih selektif terutama dari segi masa kerana tidak mahu masanya bersama Raiqal terabai.

Jelas Nora: "Saya harus memilih watak dan lokasi penggambaran yang hanya memerlukan saya berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Buat masa ini saya bimbang dan tidak sanggup untuk berjauhan dengan Raiqal. Dia umpama udara saya untuk bernafas dan jantung saya untuk terus berdegup."



Selain akan mula aktif dalam bidang lakonan, satu impian besar yang ditanam tetapi tertangguh sejak tahun lalu ialah Nora ingin memiliki sebuah kedai bunga.

"Sekarang saya sedang mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan ini," katanya yang sudah memikirkan konsep penjualan dan penghantaran bunga yang akan dilakukannya.






Your Ad Here

Reaksi:

0 Pengkritik

Muaturun

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain.
[Download disini]


Download | Hujan - Hujan Lebat 2007 - Full album

HUJAN - Formed in early 2006, this wave-worthy band consists of Noh on vocals and 2nd guitar, Dimas on bass, AG Coco on 1st guitar and Ambobzeela on drums. Influenced by a diverse range of bands which include the likes of The Strokes, Butterfingers, and even Pot Amir Radiostaq (ROSIN), Hujan prefers to classify their music as alternative rock and has no qualms about delivering their material in Malay. Living and breathing the element they take their name after, their music alternates between the light, heavy and the torrential storm a reflection of the many stories, moods and agendas embedded in their songs. They sing about everything from love, God, family and to the happenings of the world.
[Download disini]



Mawi dan Ekin Buka Butik

6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut.