Que mula rasai gemuruh perkahwinan

Posted by On 1:34 PM

SEBELUM ini, aktor Que Haidar kurang memberikan reaksi apabila disoal tentang perkahwinannya namun apabila ditanya tentang perasaannya kini, baru bakal suami koreografer Linda Jasmine Hashim ini merasakan debarannya.






Nuffnang Ads


Perasaan gemuruh Que jelas terpancar ketika beliau melakukan sesi ‘fitting’ sut pengantin di Butik Lord’s Tailor semalam.

Linda menemani Que melakukan sesi 'fitting' sut pengantin di butik Lord's Tailor, Bangsar semalam.

“Apabila orang lain bertanya tentang perasaan saya sebelum ini, saya jawab saya tak rasa apa-apa tetapi sekarang baru saya rasa berdebar.

“Namun, diikutkan perasaan berdebar tu dah mula terasa sejak saya menjalani penggambaran di sebuah masjid.


“Ketika itu, berlangsung sebuah upacara akad nikah. Apabila diberitahu oleh rakan produksi tentang upacara tersebut, terus saya pergi dan membayangkan saya sedang berada di tempat lelaki yang akan bernikah itu.

“Waktu tu, memang jantung saya berdenyut ‘dup dap dup dap’ dengan laju.

“Jika bertanya tentang perasaan saya sekarang, memang saya akui berasa gemuruh, teruja dan seronok.

“Perasaan bercampur-baur apabila keluarga dari Johor akan turut serta semasa majlis perkahwinan saya nanti,” ujar Que yang akan menjalani pengambaran sehingga 12 Februari ini sebelum mengambil cuti panjang untuk majlis perkahwinannya di Bora Ombak pada 14 Februari ini dan seterusnya majlis resepsi di Johor pada 15 Mac depan.

Sikap malu-malu dan gemuruh Que jelas terpancar ketika bersama Linda.

Menurut Que, tarikh 15 Ma
c dipilih oleh ibunya sendiri kerana waktu itu musim cuti sekolah. Jadi, semua ahli keluarga Que serta orang kampung dapat ‘turun padang’ untuk sama-sama memeriahkan majlis yang bakal berlangsung di Padang Awam Felda Taib Andak, Kulai.

Untuk majlis di Johor, Que serahkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan pihak AZ Saloon yang bertindak selaku perunding perkahwinannya termasuk menghias pelamin.

Tambah Que, kad jemputan sedang dicetak dan dijangka seban
yak 2,500 kad yang akan diedarkan nanti.

“Pada malam sebelum majlis resepsi perkahwinan kami, upacara berzanji akan diadakan.

Que melihat butang baju untuk disesuaikan dengan sut persandingannya nanti.

“Kemudian pada keesokan harinya, saya akan bersanding pada sebelah siang. Dalam majlis resepsi tersebut, sesi berkaraoke juga akan dibuat,” cerita Que mengenai sedikit-sebanyak tentang majlis resepsi di Johor.

Linda pernah ‘reject’ Que

Ketika seronok berbual, tiba-tiba Que membuka cerita tentang beliau pernah di’reject’ oleh Linda seawal detik perkenalan mereka.

Itupun, Que dapat mengetahui tentang hal itu selepas mendengar daripada mulut Linda.

Que dan Linda sentiasa ceria dan tersenyum bahagia sepanjang sesi tersebut.

“Mula-mula semasa saya berjumpa dengan Que, saya pernah cak
ap ‘tidak’ kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya sukai.

“Beberapa bulan lalu, dengan perlahan-lahan setelah kami berkenalan, baru saya cakap ‘ya’,” cerita Linda sambil tersenyum di sisi Que.

Kini, semua pengalaman tersebut tetap menjadi kenangan manis
dan akan diingati oleh Que sampai bila-bila.

Dengan perkahwinan yang mendatang ini, Que juga sempat meluahkan harapannya untuk hidup bahagia seperti pasangan suam
i isteri yang lain.

“Saya harap kasih sayang antara kami tidak akan luntur. Jika ada rezeki, saya juga

mahu menimang ramai anak,” luah Que yang menjadikan ibunya sebagai idola dalam membesarkan 10 orang anak.

Tambah Que, sudah menjadi lumrah dalam perkahwinan, setiap pasangan semestinya inginkan zuriat daripada perhubungan yang dibina, begitu juga dengan dirinya yang inginkan anak.

“Kalau Linda tidak mempunyai anak pun, memang saya tetap akan berkahwin dengannya...,” kata Que lagi.

Sebelum ini, Que berkata beliau tidak kisah dengan status Linda sebagai ibu tunggal dan lebih tua tujuh tahun daripadanya.


Selepas perkahwinan pertama Linda dengan seorang rakyat Malaysia yang berkacukan Cina dan Afghanistan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Qalif Khan, 9.

Berlian Swarovski dan renda mewah Itali pilihan Linda

Gaun petang rekaan Syaiful Bahrim yang bakal digayakan oleh koreografer Linda Jasmine Hashim dianggarkan berharga lebih daripada RM15,000.

Gaun yang direka khas yang elegant dan potongan melekap di badan tersebut telah disiapkan selepas mengambil masa selama sebulan.

Difahamkan harga fabrik jenis chiffon dan ‘fancy’ berupa renda mewah dari Itali dan berwarna 'vintage cream' 'off white' yang dibekalkan oleh Butik Jakel itu anggaran RM15,000.

"Apa yang menyukarkan saya untuk membuat gaun ini adalah jenis kain dan masa. Saya perlu memotong kain ‘fancy’ dengan berhati-hati.

"Saya juga bimbang sekiranya kain chiffon yang dipotong pecah. Jadi, saya perlu memberikan perhatian yang lebih kepada gaun pengantin ini," kata Syaiful mengenai gaun yang menggunakan khidmat lima orang tukang jahit ini.

Linda hanya membenarkan jurufoto merakamkan gambar cebisan fabrik serta rekaan gaun pengantin itu atas alasan mahu bersikap adil dengan pereka baju pengantinnya yang lain iaitu Datin Sharifah Kirana dan Calvin Thoo.

"Saya rasa lebih baik tak payah tunjuk kerana pereka lain tidak mahu menunjuk rekaan masing-masing. Jadi, tidak adil pula untuk mereka," tutur Linda yang turut hadir bersama sepupunya, pelakon dan penyanyi Jeslina Hashim.


Selain Linda, Syaiful juga berpengalaman membuat baju pengantin pelakon dan penyanyi Maya Karin.

Linda selalu memberikan idea dalam memilih sut yang sesuai buat Que.

Menurut Saiful, selain gaun, pengantin, dia juga bertindak menggubah hantaran perkahwinan Linda dan aktor Que Haidar.

Hantaran tersebut adalah cincin untuk Que, cincin untuk Linda, Al-Quran serta mas kahwin.

"Saya akan menggunakan bunga-bunga ros segar berwarna putih untuk menghias hantaran-hantaran itu," ujar Syaiful.

Dalam pada itu, Norlinda Jamaludin daripada kasut Lewre turut hadir ke butik tersebut untuk meminta Linda mencuba kasut yang ditempahnya itu.

Difahamkan, kasut yang bakal disarungkan oleh Linda semasa majlis perkahwinannya pada 14 Februari ini berharga lebih RM2,000.

Yang menariknya tentang kasut berwarna ‘silver’ itu, ia akan dihiasi oleh berlian Swarovski.

Debaran detik 14 Februari

Linda Jasmine temani Que Haidar di butik Lord's Tailor yang menaja persalinan sempena hari bahagia mereka


MAGIS cinta menyatukan dua jiwa berbeza latar, mengikat kasih yang saling berjanji untuk melengkapi antara satu sama lain saat tangan dijabat melafazkan ikrar sehidup semati.

QUE dibantu Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh ketika sesi suai padan sut yang bakal digayakan untuk majlis persandingannya.

Menanti detik 14 Februari untuk disatukan sebagai suami isteri mengundang pelbagai rasa kepada aktor, Que Haidar dan koreografer popular, Linda Jasmine.

Sukar untuk menterjemahkan segala rasa yang berperang di sudut hati mereka dalam bentuk perkataan, namun yang pasti kata Que, debaran mula bertandang selepas dia menjayakan penggambaran sebuah drama.

“Sebelum ini jika ada yang bertanya perasaan saya, tiada apa yang berbeza. Tetapi semua itu berubah selepas saya menjayakan penggambaran sebuah drama di masjid.

“Ketika penggambaran, ada satu upacara akad nikah dijalankan di masjid berkenaan membuatkan saya segera terbayang bagaimana keadaan apabila menjabat tangan kadi nanti.

KELIRU memilih kafling bersesuaian untuk dikenakan dengan sut yang dipakai Que.

“Semuanya bercampur baur ketika ini - berdebar, teruja, seronok dan memikirkannya membuatkan saya gelisah memikirkan hari mendatang,” kata Que yang ditemani bakal isterinya ketika ditemui pada sesi suai padan pakaian di Lord’s Tailor, Bangsar, petang Selasa lalu.

Perasaan yang sama turut dirasai Linda yang mengakui, hatinya tidak tenteram selagi segala perancangan diatur belum selesai.

Tiada lain yang diimpikan kecuali majlis pernikahan dan persandingan yang akan berlangsung di Bora Ombak, Ampang, bermula jam 5 petang itu berlangsung sempurna.

“Semakin hampir acara, makin banyak persiapan yang perlu dilakukan. Memang agak terkejar-kejar namun saya bernasib baik kerana pengalaman sebagai koreografer banyak membantu saya untuk bertenang menanganinya.


KAD undangan direka khas oleh sepupu Linda, Jeslina Hashim.

“Pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran kerana saya mementingkan kesempurnaan. Namun, saya sedar ada kalanya saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Justeru, saya berusaha memberikan yang terbaik bersama harapan supaya semua hadir akan berkongsi kebahagiaan kami pada malam itu,” katanya.

Perancangan awal, mereka mahu mengadakannya secara sederhana dan ringkas. Cukup jika selepas diijabkabulkan, mereka meraikan sanak saudara menikmati hidangan makan malam di restoran terpilih.

Bagaimanapun, perancangan itu berubah apabila keluarga mahu melihat mereka berdua disandingkan. Untuk tidak menghampakan permintaan keluarga, hasrat itu mereka tunaikan.

“Alhamdulillah, semua yang besar sudah diselesaikan cuma sekarang tinggal beberapa perkara kecil untuk diberi perhatian kerana mahu memastikan tetamu selesa pada hari itu,” katanya.

Akui Que, menjelang tarikh pernikahan jadual hariannya agak padat apatah lagi masih terikat dengan penggambaran telefilem sehingga 11 Februari ini.

Justeru, kebanyakan persiapan terpaksa diuruskan Linda sendirian membuatkan Que kagum dengan ketabahan dan kekuatan bakal isterinya.

“Saya tahu ada ketika Linda tertekan untuk memastikan semua persiapan sempurna seperti yang diimpikannya. Cuma telefon menjadi pengerat hubungan, tempat Linda mengadu dan mencurah rasa hatinya.

“Dalam hal ini kami banyak bersabar. Perjalanan menempuh alam baru bukan sesuatu yang mudah, jadi saya sentiasa mengingatkan diri supaya tenang dalam menempuh dugaan,” katanya.

Linda yang sudah empat tahun berpisah dengan bekas suaminya menyifatkan dirinya bertuah kerana sejak berusia 14 tahun dia mula hidup berdikari.

Ketika teman sebayanya enak menikmati alam remaja, Linda pula memikul tanggungjawab sebagai guru tari di kelas seni persembahan.

“Mungkin kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu membuatkan saya selesa berdikari dalam menguruskan pelbagai hal.

“Ia tidak pernah membuatkan saya berasa terbeban kerana itu adalah tanggungjawab. Cuma sekarang saya berasa agak tenang dan lega kerana Que sentiasa ada untuk berkongsi segala masalah yang saya lalui,” katanya, sesekali tersenyum manja kepada bakal suaminya.

Majlis pernikahan mereka berlangsung ringkas tanpa sebarang hantaran, sebaliknya Que cuma memberikan Linda mas kahwin, senaskhah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Bisik Linda berulang kali, dia begitu bimbang jika majlis yang dianjurkannya itu tidak menyenangi hati sesetengah pihak.

“Saya risau jika ada yang terasa hati apabila tidak menerima undangan daripada kami berdua. Saya minta maaf kepada mereka yang tercicir namanya.

“Banyak yang difikirkan ketika ini membuatkan ada ketika kami berdua terlupa. Pinta saya dan Que, doakan perkahwinan kami berjalan sempurna kerana hanya itu yang kami harapkan,” kata Linda yang akan menggayakan rekaan Datuk Sharifah Kirana pada majlis pernikahan, manakala persandingan pula disediakan Syaiful Bahrim dan Calvin Thoo.

Tak sangka bertemu jodoh

MEMBESAR dalam dunia berbeza, Que menghabiskan alam kanak-kanaknya di kampung manakala Linda pula membesar di kota raya yang mencabar membuatkan mereka tidak terfikir akan bertemu jodoh.

Saat diperkenalkan, langsung tidak terfikir mereka akan bertemu jodoh dan mengakhiri cinta yang mula serius terjalin dengan ikatan perkahwinan.

“Dulu Linda selalu kutuk saya, malah sewaktu diperkenalkan oleh teman kami beberapa tahun lalu dia pantas berkata, tidak.

“Tetapi itulah kuasa Tuhan, akhirnya kami bertemu jodoh. Perbezaan mengeratkan kami berdua biarpun pada mulanya saya sendiri takut untuk meluahkan perasaan,” kata Que.

Mengahwini Linda juga bermakna Que akan menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada cahaya mata lelaki kesayangan guru tari itu, Qalif Khan hasil perkahwinan terdahulunya.

Ditanya mengenainya, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu berkata, dia sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai ketua keluarga.

“Kalau Linda tidak mempunyai anak pun, kami akan dikurniakan cahaya mata juga. Jadi proses itu sama saja dan saya tetap akan menggalas tanggungjawab itu.

“Kalau takut, saya tidak akan bersedia untuk menikahi Linda,” katanya.

Info Majlis pernikahan Linda Jasmine, Que Haidar

# Linda akan menggayakan empat persalinan daripada tiga pereka berbeza iaitu rekaan Kirana pada upacara akad nikah di Bora Ombak, Ampang.

# Kirana menjadi pilihan Linda kerana mereka sudah lama berkawan rapat, malah dia menyenangi rekaannya yang cantik, kreatif dan selesa digayakan. Kirana ialah pereka pakaian Linda sejak masih di bangku sekolah lagi.

# Untuk majlis persandingan pula, dia memilih rekaan Syaiful Bahrim kerana pereka muda itu mempunyai cita rasa tersendiri. Calvin Thoo pula mereka pakaian mereka berdua untuk acara memotong kek. Calvin juga rapat dengan Linda, selain memahami bentuk tubuhnya untuk memberikan rekaan terbaik.

# Que pula memilih sut rekaan Lord’s Tailor untuk majlis persandingan kerana jenama itu sudah lama bertapak dengan sentuhan yang cantik dan kemas.

# Majlis persandingan di kampung Que pula akan berlangsung pada 15 Mac depan. Membawakan tema diraja, pelamin mereka menerima tajaan daripada Az Salon & Bridal.

# Majlis yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak itu juga diserikan dengan penuh adat termasuk berzanji, persembahan tarian zapin, sesi karaoke dan pertunjukan bunga api.



Gambar Persiapan Perkahwinan Que dan Linda


Linda menunjukkan bantal yang bakal didudukinya semasa majlis pernikahannya nanti.


Linda merenung tepak sirih antara hantaran yang bakal disediakan nanti.


Norlinda menunjukkan kasut Lewre yang akan disarungkan oleh Linda semasa majlis perakhwinannya nanti.


Syaiful bertindak selaku pereka gaun petang yang bakal dipakai oleh Linda semasa upacara persandingan nanti.


Linda melihat fabrik jenis 'chiffon' dan 'fancy' berupa renda mewah yang digunakan untuk gaun pengantinnya.


Linda tertarik dengan salah satu pakaian rekaan Syaiful Bahrim yang terdapat di butik tersebut.


Linda hadir ke butik tersebut bersama sepupunya, Jeslina Hashim.


Keceriaan Linda terserlah menanti hari bahagianya dengan Que Haidar.


Linda ketika sampai di Butik Syaiful Bahrim, Sri Hartamas.



Rekaan gaun petang potongan melekap di badan yang bakal digayakan oleh Linda.





Your Ad Here

Reaksi:

0 Pengkritik

Muaturun

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain.
[Download disini]


Download | Hujan - Hujan Lebat 2007 - Full album

HUJAN - Formed in early 2006, this wave-worthy band consists of Noh on vocals and 2nd guitar, Dimas on bass, AG Coco on 1st guitar and Ambobzeela on drums. Influenced by a diverse range of bands which include the likes of The Strokes, Butterfingers, and even Pot Amir Radiostaq (ROSIN), Hujan prefers to classify their music as alternative rock and has no qualms about delivering their material in Malay. Living and breathing the element they take their name after, their music alternates between the light, heavy and the torrential storm a reflection of the many stories, moods and agendas embedded in their songs. They sing about everything from love, God, family and to the happenings of the world.
[Download disini]



Mawi dan Ekin Buka Butik

6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut.