SIKAP skeptikal sesetengah pihak yang melabelkan golongan artis yang telah mendirikan rumah tangga akan hilang populariti seharusnya dibuang ke tepi.

Nuffnang Ads

Romantika Mawi-Ekin

Buktinya, kemunculan Mawi dan isterinya Ekin pada karnival amal mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu, terus mendapat perhatian peminat.

Aura anak seni yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu dilihat terus terpancar tanpa ada pudarnya walaupun Mawi sudah menjadi suami orang pada 20 Disember tahun lalu.

Mawi dan isteri tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrim bagi mengutip dana buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita akibat sikap tidak berperikemanusiaan Israel.

Bukan itu sahaja, peminat turut berebut-rebut untuk bergambar dengan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi disalurkan ke tabung kebajikan Palestin.

Mawi yang muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai setelah bercuti panjang berbulan madu mengakui terharu dengan sambutan yang ditunjukkan peminat.

"Memang berdebar jugalah pada mulanya lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali saya muncul sebagai seorang suami serta ditemani isteri.

"Sebelum ini memang ada yang berkata biasanya selepas artis berkahwin mereka akan kehilangan aura dan peminat pula mulai hilang sedikit demi sedikit.

"Dalam soal ini, ternyata ia tidak berlaku. Saya cukup bersyukur dengan peminat yang masih menyokong kerjaya seni saya," bicaranya sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran dengan rezeki yang berpihak kepada dirinya.

Hanya kegembiraan yang terlukis pada wajah anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor Bahru itu apabila gerai aiskrim yang mereka 'usahakan' di Amcorp Mall mendapat sambutan di luar dugaan.

BUKTI masih popular. Mawi dan Ekin meraih sambutan hangat peminat yang hadir pada karnival amal bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Petaling Jaya baru-baru ini.

"Banyak juga aiskrim yang berjaya dijual. Boleh dikatakan berkotak-kotak hingga tidak cukup tangan saya dan isteri dibuatnya.

"Mungkin faktor harga yang murah, tiga kotak dijual pada harga RM10, membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli.

"Situasi seumpama ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus melakukan kerja amal," kata Mawi yang turut terlibat dalam konsert khas di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu.

Mawi juga tidak ketinggalan melelong seluar denim jenama Guess miliknya yang masih belum disarungkan dan kasut buatan pereka tersohor antarabangsa, Salvatore Ferragamo.

Mawi dan Ekin sebenarnya baru sahaja melangkah kaki kembali ke tanah air pada 22 Januari lalu setelah berbulan madu selama seminggu di Korea.

Sebaik pulang ke Malaysia, Mawi dan Ekin bercuti di Tanjung Sedili selama seminggu bagi menghabiskan sisa-sisa percutian panjang mereka setelah diijabkabulkan.

Momen romantis di Korea

Bercerita lebih lanjut tentang percutian indah di Korea, Mawi berkata, mereka menuju ke destinasi romantis, Nami Island.

"Kami sempat menyaksikan beberapa persembahan menarik di sana. Kenangan berada di Nami Island sambil berbulan madu memang tidak dapat dilupakan," beritahu Mawi sambil mengerling manja Ekin yang berada di sisinya.

MEMORI indah. Mawi kembali membawa Ekin ke tempat dia mula-mula melamar isterinya itu.

Si isteri yang jelita dan ayu bertudung, yang pada awalnya hanya terdiam, mula membuka mulut. Menurut Ekin yang berpakaian sedondon kelabu sama dengan Mawi, dia cukup seronok dapat melawat Korea.

"Kalau sudah namanya pergi berbulan madu, mestilah saya gembira ditambah dapat melihat keindahan negara orang.

"Sambil itu saya turut terkenangkan saat dilamar Mawi yang ketika itu berada di Korea.

"Kiranya percutian kami ke Korea menjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup saya," akui Ekin, 29, sambil tertawa manja.

Puas sudah bercuti selama dua minggu, jadual kerja Mawi yang padat semasa zaman bujangnya sebelum ini tidak menampakkan perubahan walaupun sudah bergelar suami.

Sebaik sahaja tamat agenda di karnival amal, pemuda berusia 27 tahun itu terus berkejar ke Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menjayakan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan, Mawi tidak berapa sihat dan sedikit kepenatan berkejaran ke sana ke mari. Demi tidak menghampakan jemputan yang mengkehendaki dia berada di tempat berlainan, Mawi terus menggagahkan diri.

Itulah tanda Mawi masih diperlukan masyarakat meskipun terdapat suara-suara jahat mengaitkan penyanyi bersuara jantan itu akan hilang bintangnya selepas mendirikan rumah tangga.

Tampil berbaju putih, Mawi menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Allah Habibi dalam majlis yang turut diserikan oleh Misha Omar, Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan ramai lagi.

Persembahan Mawi di Istana Budaya bagaimanapun tidak mengecewakan kerana dia yang terkenal mendendangkan lagu-lagu berirama tradisional kontemporari dan nasyid berupaya menzahirkan perasaan simpatinya dalam lagu tersebut.

Audiens yang hadir seolah-olah terpukau mendengar rintihan dan vokal Mawi pada majlis itu sambil diiringi penari latar.

Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Paling menggembirakan, kutipan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin berjaya mengumpulkan sebanyak RM10.7 juta sejak ia dilancarkan pada 15 Januari lalu.

Kumpulan Utusan turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.















Your Ad Here

Reaksi:

0 Pengkritik

Muaturun

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain.
[Download disini]


Download | Hujan - Hujan Lebat 2007 - Full album

HUJAN - Formed in early 2006, this wave-worthy band consists of Noh on vocals and 2nd guitar, Dimas on bass, AG Coco on 1st guitar and Ambobzeela on drums. Influenced by a diverse range of bands which include the likes of The Strokes, Butterfingers, and even Pot Amir Radiostaq (ROSIN), Hujan prefers to classify their music as alternative rock and has no qualms about delivering their material in Malay. Living and breathing the element they take their name after, their music alternates between the light, heavy and the torrential storm a reflection of the many stories, moods and agendas embedded in their songs. They sing about everything from love, God, family and to the happenings of the world.
[Download disini]



Mawi dan Ekin Buka Butik

6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut.