
Zaefrul ketika majlis sidang media teater muzikal Ibu Zain baru-baru ini.
Bayangkan, gambar tersebut boleh menimbulkan salah faham ke atas sesiapa yang melihatnya kerana tidak wujud langsung batasan di antara kedua-duanya.
Disebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Azizah telah menjelaskan tentang isu gambar tersebut di mana dia berkata hubungannya dengan Zaefrul ibarat adik dan kakak.
Sementara itu, mStar Online cuba mendapatkan Zaefrul untuk bertanya reaksi dan meminta penjelasannya mengenai gambar tersebut.
Menurut Zaefrul atau nama sebenarnya Zaefrul Nadzarine Nordin, punca belasan keping gambar intimnya dengan Azizah tersebar adalah kerana Azizah meletakkan gambar tersebut di laman web popular, FaceBook.
"Saya baru melihat gambar-gambar itu semalam selepas diberitahu oleh isteri saya. Itupun selepas kawannya memberikan gambar itu kepada isteri saya.
"Pada Khamis lepas, Kak Zi (Azizah Mahzan) ada memberitahu kepada saya tentang hal itu. Tetapi, saya fikir mungkin orang lain termasuk pihak media tidak akan bercerita lebih-lebih tentang gambar itu.
"Jadi, apabila melihat gambar itu, saya tak marah tetapi hanya tergelak kerana saya dan Kak Zi adalah ‘family friends’.
Azizah Mahzan berlakon sebagai isteri Zaefrul di dalam drama rantaian Spa Q 2.
"Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu.
"Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik.
"Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya," terang Zaefrul berulang kali mengenai hubungan antaranya dengan Azizah berdasarkan gambar mesra mereka yang dirakamkan di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama rantaian Spa Q 2.
Jelas Zaefrul, dia memahami yang orang ramai mungkin keliru dengan aksi yang mereka lakukan di dalam gambar tersebut lebih-lebih lagi mereka merupakan selebriti.
Dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesalahannya bergambar mesra dengan wanita lain tanpa batasan.
"Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi, memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar.
"Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya.
"Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan.
"Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu.
"Lainlah kalau saya bergambar seperti itu dengan artis yang lebih muda, mesti nampak tidak manis," ulas Zaefrul lagi.
Antara banyak-banyak gambar yang disebarkan itu, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan botol minuman keras.
Menjelaskan tentang gambar itu pula, Zaefrul berkata: "Bagaimana saya ‘minum’, sedangkan ramai lagi orang lain di situ.
"Kalau saya nak minum, takkan saya minum depan orang ramai seperti itu. Mungkin orang lain tidak tahu bagaimana keadaan sebenar kami di sana.
"Memang ramai yang mengambil gambar saya dan Kak Zi di mana saya bukan sahaja bergambar dengannya tetapi juga dengan orang lain.
"Tetapi saya tak faham kenapa orang tumpukan kepada gambar saya dan dia.
"Lagipun, gambar itu diambil oleh artis lain dan penolong pengarah drama Spa Q. Kebetulan, di dalam drama itu, saya melakonkan watak suami kepada Kak Zi. Mungkin sebab itu ia menjadi hangat."
Ulas Zaefrul, dia akui rapat dengan Azizah sejak sebelum bergelar artis lagi.
Kata bapa kepada tiga orang anak ini, dia mula berkecimpung di dalam industri lakonan ini pun melalui bantuan Azizah iaitu kira-kira dua tahun lalu.
"Saya kenal Kak Zi dah lama iaitu sebelum saya berlakon lagi. Dia yang banyak memberi dorongan untuk saya berlakon.
"Kami bukan sahaja berurusan semasa kerja, malah saya sekeluarga juga pernah keluar makan malam bersama Kak Zi dan anak-anaknya.
"Isteri saya pun rapat dengannya. Isteri saya tahu dengan siapa saya berkawan dan dia menyokong setiap perkara yang saya lakukan," ujar Zaefrul.
Menurut Zaefrul, dia dan isterinya, Adelina Datuk Ridzuan bekerja sebagai Ketua Perbankan Internet juga rapat seperti seorang kawan selain bergelar pasangan suami dan isteri.
Namun, disebalik gosip yang timbul ini, Zaefrul berkata isterinya mempunyai sedikit perasaan gusar sekiranya isu ini akan menjadi besar dan timbul salah faham.
"Asalkan saya dan isteri tahu gosip mengatakan saya dan Kak Zi mempunyai hubungan intim adalah tidak benar, itu sudah mencukupi.
"Jadi, saya harap orang lain yang menerima gambar yang disebarkan itu memahami apa yang saya perjelaskan ini," jelasnya.
Dalam masa yang sama, Zaefrul bersyukur kerana rezekinya di dalam bidang lakonan semakin bertambah selepas berlakon di dalam filem pertamanya, 1957: Hati Malaya terbitan Pesona Pictures.
"Alhamdulillah, karier saya berjalan dengan baik, semua pelakon dan pengarah juga menyenangi persembahan saya. Saya berasa sangat bernasib baik jika dibandingkan dengan pelakon lain.
"Sekarang, barulah saya boleh berehat panjang selepas sibuk dengan lakonan dalam satu setengah tahun ini.
"Selepas ini, saya akan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak untuk bercuti ke Jakarta selama empat hari. Saya akan bercuti seketika daripada lakonan dalam dua minggu," kata Zaefrul yang terpaksa menolak tawaran berlakon seperti teater muzikal Ibu Zain, beberapa drama dan dua buah filem.
Melalui perkahwinan Zaefrul dan Adelina, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Aliyana Elina, Adam Farhan dan Puteri Iman.
Seksi Takpe Asalkan Jangan Telanjang – Azizah Mazhan
image Pelakon Azizah Mahzan, 45, dikaitkan dengan kontroversi apabila berpakaian seksi dalam drama lakonannya Spa Q musim kedua yang sekarang ini disiarkan di TV3. Dalam drama bersiri itu, Azizah memegang peranan seorang wanita korporat.
Ada yang berkata imej yang dibawa Azizah tidak bersesuaian dengan usianya menyebabkan banyak pihak mempertikaikan penampilan tersebut. Imej itu turut mengingatkan kita mengenai pelakon Norlia Ghani yang kontroversi kerana memakai blaus pendek dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun 2002.
Bagi Azizah, imej yang ditampil itu hanya dalam lakonan saja tetapi tidak ketika berada di luar set penggambaran. Dalam masa yang sama dia turut berpendapat seksi bukan hanya atas pakaian tetapi bentuk badan seseorang itu. Memakai baju kurung juga boleh kelihatan seksi.
“Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini. Selain itu, Pancaindera turut bertanya beberapa perkara termasuklah dia dikatakan bercinta dengan pelakon Zaefrul Nordin apabila gambar-gambar mereka “terlepas” di Internet.
Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Azizah yang gemar membahasakan dirinya “Akak” menjawab kisah sensasinya itu.
Selepas habis berlakon Spa Q 2, apa projek terbaru?
Akak sekarang tengah shooting dengan produksi Pesona Picture. Drama 13 episod Dia Kak Teh. Drama komedi, kira sibuk sikitlah dengan drama.
Jadi maknanya banyak dapat tawaran dan ini menunjukkan Akak pelakon yang berjaya. Apa komen Akak?
Alhamdulillah. Semua itu rezeki. Kalau nak ikutkan memang banyak tawaran berlakon. Dah tiga telemovie Akak terpaksa tolak. Akak tak suka nak ambil banyak tawaran. Takut nanti tak boleh bagi tumpuan. Susah pula.

Apa cerita ni? Imej dalam Spa Q 2 bukan main seksi lagi. Ramai orang dah mula bercakap.
Sebenarnya soal pakaian kami berbincang dulu sebelum nak pakai apa-apa baju. Baju yang Akak pakai tu baju penaja. Orang bagi kita pakai sajalah. Takkan nak komen pula.

Masalahnya orang kata Akak dah berusia tapi nak jadi macam orang muda. Itulah sebabnya.
Akak tak ada pilihan. Dah bincang dah dengan krew yang uruskan pakaian. Tapi dia orang tak dapat carikan baju untuk watak wanita korporat yang sesuai untuk akak. Nak tak nak Akak pakailah juga sebab akak ni malas nak timbulkan masalah. Akak kata kepada dia orang, “aku pakai seksi ni kalau ada orang bising kau orang jawablah.”

Ada dengar tak orang komen apa-apa kerana penampilan tu?
Entahlah. Tak dengar apa-apa pun. Tapi bila dapat skrip tu akak dah kata nak bagi orang di luar sana meluat dengan watak itu. Bila ada yang meluat, maknanya menjadilah.

Masalahnya sekarang orang mula kritik imej Azizah Mahzan. Orang kata tak sesuai dah pakai macam tu.
Tak kisahlah orang nak kritik atau tak. Selama ni orang kata yang baik ke, yang buruk ke akak tak pernah tahu. Tapi bila difikirkan-fikirkan kalau ada orang komen pasal kita, itu bermakna mereka ambil berat. Akak bersyukur dia orang ambil berat tentang Azizah Mahzan ni. Terima kasih.

Orang kaitkan dengan usia. Akak sekarang dah umur 45 tahun. Kononnya nak jadi macam remaja tapi dah tak sesuai. Komen sikit.
Kalau nak ikutkan ada mak-mak datin yang umur 47 atau 48 tahun pun keluar rumah pakai seksi juga. Cuma dia orang tak keluar di TV. Yang Akak ini selalu keluar TV, orang ramai pula menonton, sebab tu la jadi bualan. Masa akak berlakon teater Lantai T Pinkie dulu, semua orang tertunggu-tunggu nak tengok akak berkemban sampaikan kena potong watak tu. Sebenarnya kalau sebut bab seksi bukan pasal pakaian. Pakai jubah pun boleh seksi. Baju kurung pun seksi juga. Seksi tu bergantung pada bentuk badan kita. Itu saja. Ada orang pakai seksi orang tak tengok pun ada juga. Ada yang pakai tutup dari atas sampai bawah pun kadang-kala orang renung tak berkelip sebab nampak seksi.

Dari segi imej sebenar, macam mana penampilan Azizah Mahzan ni?
Akak ini simple saja. Keluar pakai jean koyak-koyak pun boleh. Tapi hairannya bila akak muncul dalam Spa Q 2 tu macam-macam pula pandangan. Cuba tengok Tiara (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam Puteri Gunung Ledang tu. Dari mula sampai habis dia berkemban. Orang tak kata apa-apa pun. Pada Akak, seksi tu bukan bermakna telanjang.
Ada pula dakwaan kata Akak kaki disko dan agak sosial. Apa cerita pula tu?
Ha... ha... siapa kata pula? Akak ni jenis tak suka keluar rumah. Pergi disko dulu pun lepas belajar ketika umur 21 tahun. Sekarang ni suka lepak rumah saja tengok VCD. Kalau keluar pun pergi ke Bangsar saja dengan kawan-kawan.

Apa hubungan Akak dengan pelakon Zaefrul Nordin. Gambar mesra dah tersebar dalam Internet.
Dia macam keluarga. Kami kenal sejak kecil lagi. Anggap dia macam adik. Akak pun rapat dengan isteri dia. Dia mengingatkan akak kepada pelakon Hani Mohsein (Allahyarham). Akak baik dengan Hani dulu macam dengan Zaefrul inilah. Tapi masa baik dengan Hani dulu tak ada pula orang buat cerita apa-apa pun? Dalam facebook pun orang kata kami macam ada “apa-apa” tapi sebenarnya tidak. Kami boleh berkongsi banyak benda.

Situasi yang berlaku sekarang ni mungkin kerana Akak tak kahwin lagi. Ada tak usaha ke arah itu?
Tak rasa nak kahwin lagi. Peninglah fikir nak bercinta. Tapi akak gembira dengan kehidupan sekarang ni.







"Dia (Ratna) sering nelepon tapi nggak saya angkat. Mungkin dia marah. Saya kan juga manusia,
Daisy menampik jika dikatakan dirinya tidak serius mengurusi masalah ini.





11 Pengkritik
Artis sekarang dah rosak akhlak.sebelum ni saya x sangka azizah macam ni dan zafrul jugak nmpak baik tapi di belakang hancur...ingatlah pada Allah.jangan hanyut terus macam ni..perbuatan ini berdosa besar.astaghfirullah.
Posted on February 19, 2009 8:55 AM
Hai Akak...Akak...
Teringat plak kat arwah bapak Akak yang dulu duduk kat Kepong Baru tu... kepada sesape yang kenal ngan Akak nih tolong bagitau dia kalau arwah ayah dia masih hidup, menangis tengok dia macam nih...
Posted on February 25, 2009 7:24 AM
muka ada iras2 jer..ada jodoh kot..haha...n smpai dukung2..peluk2 lagi..tkjut gak tgok dorg ni..isk2..
Posted on February 27, 2009 5:42 AM
kak, nak bagi komen pun perlu ingat batasan agama... jangan nak pertaruhan hak sendiri sampai maruah agama tergadai...
Posted on March 1, 2009 3:24 PM
Botol arak pun ada...nak jadi apa si tua ganyut nih...
Posted on March 9, 2009 9:54 AM
xpalah tuuu...dah dier nak jadi mcm tuuu,biarkan sajer...di kubur bkn kite yg tanggung semua tuuuuu...xyah nak binggung,busy2..
Posted on March 13, 2009 1:21 PM
memang la kubur x sama..takut kne tanam lak kat sebelah kubur tok aji x ke naiya tok aji 2 dok kne dengar dye menjerit..
Posted on March 28, 2009 6:12 PM
astarghfirullahalazim..pada untie azizah sedar2 la diri..hidup kat dunia hanyalah sementara..dh cukup amalan ke nak dibawa ke akhirat???bkn nk busy body..tp sekadar menegur org yang sama agama dengan sy..kalau tidak sy turut menanggung dosa..
Posted on April 15, 2009 2:18 PM
Aku dr dulu memang tak suka tengok pelakon2 SPA Q bodo ni.. OVER!!!!
Posted on April 20, 2009 1:11 PM
saya ingat mak cik nie kuat iman die..saya xsangka lah foto yang aku nampak tu cam xcaye je..sepatutnye dah tua tau lah nak insaf nie x..nasib baik bukan mak aku...lagi satu lelaki otak bodoh tue..menyampah macam sampah betui la..nak mampos aku tgk lelaki tue..perggh..anggap kakak kunun..cubelah kau peluk akak kau macm tue kalau ko xdapat sebiji penumbuk...ermm...whatever la...
Posted on May 20, 2009 6:20 PM
nauzubillah..org tua tak sedar diri..
Posted on August 4, 2009 10:04 AM