Aksi mereka mesra atau teman tapi mesra, namun masih tersekat dengan batas persahabatan yang tulus.

Nuffnang Ads

Gambar Liyana Jasmay dan Aizat dalam Program Ewah-Ewah di TV3









Biarpun tidak pernah bertentang mata sebelum ini, pertemuan pertama cukup menghiburkan. Liyana selamba dan suka mengusik, Aizat pula malu-malu namun mereka bagaikan ada keserasian









Tak Kenal Maka Tak Cinta

Liayana Jasmay atau dikenali sebagai anak perempuan kepada bomoh terkenal di kampung Niyang Rapik, dalam drama filem ‘Puaka Niyang Rapik’ di TV3.

Kata Aizat, mereka hanya kawan biasa dan Liyana dalam nada nakal mengiyakan. “Saya ada gubah lagu untuk nyanyian Liyana Jasmay. Jadi kami hanya berkawan baik. Itu saja,” tegas Aizat yang baru dicuit dengan gosip-gosip anak remaja masa kini.

Kini dalam perjuangannya dalam bidang seni, selain bergelar penyanyi, Aizat juga aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain antaranya Nurul dan Jaclyn Victor selain Liyana Jasmay.

Tahniah kepada Aizat. Dalam usia semudanya sudah mahir untuk mencipta lagu-lagu. Dan jika benar gossip ini, apa salahnya juga bercinta dari di kebas dek orang lain.





TIBA-TIBA
anak muda yang semakin kurus dan mendapat perhatian ramai ini digosipkan dengan si

manja, Liyana Jasmay. Aksi mereka mesra, namun masih tersekat dengan batas persahabatan yang tulus.

Kata Aizat, mereka hanya kawan biasa dan Liyana dalam nada nakal mengiyakan. “Saya ada gubah lagu untuk nyanyian Liyana. Jadi kami hanya berkawan baik. Itu saja,” tegas Aizat yang baru dicuit dengan gosip-gosip anak remaja.

Kini dalam perjuangannya dalam bidang seni, selain bergelar penyanyi, Aizat juga aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain antaranya Nurul dan Jaclyn Victor selain Liyana Jasmay.

Dan untuk tahun hadapan, Aizat sudah bersedia untuk menemui peminat dengan album pakej semula yang akan memasukkan sebuah lagu bertajuk Kau Aku yang juga lagu tema untuk drama Merah Putih.

REZEKI
PERTAMA, saya mahu katakan bahawa rezeki itu di tangan Tuhan. Yang penting sekali kita mesti ada sifat jujur dalam melaksanakan kerja dan rezeki akan datang kepada kita.


Jika tidak, rezeki akan mahal terhadap kita. Tahun ini saya bersyukur kerana rezeki saya murah dan banyak perkara dapat saya lakukan.

2008
TAHUN yang terbaik dan menarik buat saya. Ia tahun perjuangan. Saya hilang berat badan. Tahun yang juga saya dapat dengarkan muzik saya dan keluar dengan album.

Banyak perkara yang terjadi pada tahun 2008. Dan yang penting sekali, keluarga saya sihat tahun ini.


GITAR
GITAR adalah isteri saya malah cinta sejati saya. Saya temui cinta dengan gitar dahulu sebelum cinta yang lain. Setakat ini saya sudah ada empat buah gitar.

Gitar pertama yang saya dapat adalah sewaktu saya darjah empat. Ayah belikan untuk ibu saya tetapi saya yang guna. Ibu sebenarnya yang mengajar saya dan abang bermain gitar. Saya lihat dan belajar sendiri. Lagu pertama yang saya mainkan adalah Last Kiss (Pearl Jam).

MELODI
SEBUAH melodi adalah benar-benar anugerah daripada Tuhan. Inspirasi yang diberikan oleh-Nya. Cuma kita perlu yakin dan kuat semangat untuk menghasilkan sesuatu yang bagus.

Melodi pertama yang saya ciptakan adalah semasa Pertandingan Puisi dan Lagu di sekolah bertajuk Anjakan Paradigma. Dan sebuah lagi lagu yang dimasukkan dalam album pertama saya yang berjudul Selamat Tinggal Akhirnya.

JUARA
SAYA harapkan persembahan saya dalam Muzik Muzik kelak akan menjadi satu persembahan yang tidak akan dilupakan oleh peminat dan penonton. Saya tidak menaruh harapan untuk bergelar juara, cukup sekadar diingati. Itu target saya untuk Muzik Muzik. Jika bergelar juara itu adalah satu bonus buat saya.


ANEROKSIA
SATU penyakit yang sukar untuk diubati dan tidak disengajakan. Ia seperti kanser. Seakan merebak melalui keturunan. Kita harus bijak mengawal diri sendiri.

Untuk kurus, cara yang paling efektif adalah berserta dengan kerja keras dan tiada jalan pintas. Harus konstan dan tekad. Saya setakat ini sudah hilang 40 kilogram hasil kerja keras saya.

Mesranya Aizat dan Liyana

Pada 21 Januari 2009 lalu Aizat mengadakan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-20 di sebuah cafe di tengah-tengah bandaraya. Dengarnya meriah majlis itu.

Ramailah ahli keluarga, wartawan dan teman artis yang turut hadir memeriahkan majlis itu. Mangga Muda diajak juga tapi tak sempat pulak nak singgah.

Tapi spy Mangga Muda dari Mangga Online ada di sana. Inilah antara hidangan spy Mangga Muda dapat.

Dalam ramai-ramai itu adalah seorang artis wanita remaja yang kelihataan rapat dengan Aizat. Manja sekali nampaknya Liyana Jasmay apabila di sisi Aizat. Dah tak kekok lagi bergambar berdua.

Mereka kali pertama bertemu dalam sesi fotografi yang dianjurkan oleh majalah serta kerap sekali menyertai majlis yang sama. Daripada situlah agaknya mereka mula rapat.

Kira padan juga pasangan ini sebab sama-sama masih remaja. Beza umur tak jauh. Tengoklah nanti apa kesudahannya. Kalau bercinta pun apa salahnya kan?

Biasalah mula-mula berkawan dulu, apabila saling mengenali dan rasa sesuai dan satu kepala mungkin boleh membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sekarang ini kedua-duanya hangat dengan kerjaya masing-masing. Aizat dengan nyanyian yang semakin menjadi dan mendapat perhatian manakala Liyana juga sentiasa dapat kepercayaan membawakan watak berat dalam filem.

Jangan Gosip Kami

SIAPA sangka dua anak tokoh korporat, Liyana Jasmay dan Aizat akhirnya memilih jalan getir dalam dunia seni. Apa sebenarnya yang dicari? Bergelar anak seni bukanlah semudah yang disangka, jika silap perhitungan, hanya gosip dan kontroversi menjadi peneman diri. Atau, populariti jadi kepuasan diri?

Kalau sebut nama Liyana Jasmay, 20, tentu ramai yang masih ingat lakonannya sebagai Phim menerusi filem pertama, Castello bersama Rosyam Nor. Begitu juga Aizat, 19, beliau kini cukup popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu selepas pertaruhannya dalam Akademi Fantasia 5 (AF5) gagal ke peringkat akhir.

Buat kali pertama dalam hidup mereka, Liyana dan Aizat digandingkan dalam satu sesi fotografi untuk muka depan sama ada akhbar mahupun majalah. Biarpun tidak pernah bertentang mata sebelum ini, pertemuan pertama cukup menghiburkan. Liyana selamba dan suka mengusik, Aizat pula malu-malu namun mereka bagaikan ada keserasian.


Sesi fotografi petang itu kecoh dengan gelagat dua anak tokoh korporat itu. Meskipun baru berkenal dan sudah mesra, mereka bagaikan meminta jangan selepas ini ada pihak sengaja untuk gosipkan mereka kononnya sedang bercinta.

Sambil menjeling pada Aizat, Liyana akui: “Saya tengok Aizat ketika di AF5 dulu, saya memang minat pada suaranya. Paling saya suka apabila Aizat menyanyikan lagu Perpisahan (Anuar Zain), suaranya boleh buat bulu roma meremang. Aizat mulanya nampak pemalu, tetapi lama kelamaan, kami seolah-olah sudah seperti lama mengenali.

“Paling penting, Aizat sudah buktikan pada masyarakat, dirinya boleh kuruskan badan tanpa mengambil apa-apa ubat diet. Bukan senang nak kuruskan badan tanpa usaha dan tekad.”

Liyana juga akui bukan populariti dicari, bukan juga keseronokan diingini sebaliknya kerjaya sebagai anak wayang dipilih kerana minat yang mendalam.

“Ada yang mempertikaikan kenapa saya minat sangat berlakon sedangkan dengan kedudukan yang ada, saya boleh memilih kerjaya lain yang lebih menjamin. Soalnya jika hati sudah suka, saya tidak boleh menidakkannya.

“Keluarga juga tidak pernah menghalang minat saya, malah ibu bapa sentiasa memberi galakan walaupun hidup sebagai anak seni akan ada pasang surutnya. Dulu saya berlakon kerana minat dan ingin mencuba tetapi apabila sudah berlakon, ia mula bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan.Berlakon mula memberi kepuasan dan keyakinan diri. Saya juga akan bosan jika lama tak beraksi di hadapan kamera."

Liyana mahu jadi penerbit filem

Liyana akui minatnya dalam bidang lakonan juga membuatkannya memilih untuk meneruskan pengajian dalam Diploma Seni Persembahan di Kolej Sunway, Selangor. Selepas ini, impiannya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara.

“Saya nak buktikan pada keluarga dan masyarakat, anak seni juga boleh berjaya dan disegani. Saya mengimpikan mahu melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang seni. Saya memilih bidang lakonan dan penerbitan filem jika ada rezeki dapat melanjutkan pelajaran.

“Perjalanan kerjaya saya bukan hanya sekadar menjadi pelakon, sebaliknya saya bercita-cita menjadi penerbit filem atau drama suatu ketika nanti. Dan bagi saya, bukan hanya pengalaman, pelajaran juga perlu ada untuk merealisasikan cita-cita besar saya dalam bidang seni,” katanya yang kini sedang menunggu tayangan lima filemnya.

Selepas Castello dan Syaitan, dalam diam Liyana sudah menyiapkan lima filem lain iaitu Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom dan Duhai Si Pari Pari. Filem berkenaan sedang menunggu tarikh tayangan.

Aizat jatuh hati pada Phim

WALAUPUN dibuli dan sering diusik, Aizat hanya tersenyum malu. Puas hatinya kerana impian bertemu dengan Liyana akhirnya termakbul.

"Saya memang sudah lama teringin nak jumpa Liyana, apabila diberi pilihan memilih gadis untuk digandingkan dalam fotografi, tentunya Liyana jadi pilihan. Saya suka karektor Liyana, selain selamba dan gila-gila, dia juga memiliki wawasan hidup yang tinggi.

“Paling penting, Liyana tidak bergantung hidup pada keluarga, walaupun keluarganya di kalangan orang berada. Tapi hubungan saya dan Liyana hanya sekadar kawan sesama artis, lagi pun Liyana sudah berpunya. Liyana dengan jujur memberitahu saya, hatinya sudah dimiliki. Namun siapakah jejaka yang bertuah itu, kena tanya Liyana sendiri.

“Jangan salah faham, saya hanya jatuh cinta dengan lakonan Liyana terutama ketika bawa watak Phim. Dan tak sangka pula apabila digandingkan bersama, kami sebenarnya mempunyai chemistry, seolah-olah berkawan lama. Liyana juga pandai menjadikan suasana kecoh dengan gelagatnya yang suka mengusik,” katanya.

Ayah, Umi banyak membantu

Akuinya ada beranggapan dirinya menggunakan aset keluarga untuk merealisasikan impian bergelar artis rakaman. Aizat juga dianggap bertuah memiliki produksi sendiri, Kasi Gegar Entertainment kerana dilahirkan atas `dulang emas'. Walaupun kos keseluruhan albumnya mencecah RM100,000, ada yang beranggapan jumlah itu agak kecil buat Aizat dan keluarganya.

Aizat tidak menafikan kenyataan itu tetapi pada waktu yang sama, dia turut berusaha mengejar apa yang diimpikan.

“Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada Allah. Tanpa keizinanNya, apa yang saya rancang tidak mungkin menjadi kenyataan. Pada waktu sama, saya turut berusaha. Minat dan membesar dalam keluarga yang meminati muzik turut menjadi kelebihan.

“Muzik dan keluarganya bagaikan irama dan lagu, yang tidak dapat dipisahkan. Keluarganya berkebolehan bermain instrumen muzik seperti gitar dan dram serta ada antaranya yang boleh menyanyi seperti saya. Yang menjadi pencetus segala-galanya semestinya Umi dan ayah saya, Datuk Amdan Mat Din. Ayah pun pernah ada kugiran sendiri sebelum ini.

“Umi pula memperturunkan khazanah bakat dan ilmunya bermain gitar kepada abang sulung saya. Seterusnya ia berentetan dan menjadi warisan keluarga kami. Jadi apabila saya terkeluar dari AF5, keluargalah yang memberi galakan untuk saya menubuhkan produksi Kasi Gegar Entertainment dan album solo,” katanya.

Info Liyana

Nama: Liyana Jasmay

Asal: Kuantan, Pahang

Umur: 20 Tahun

Tarikh lahir: 28 Mac 1988

Kerjaya: Pelakon & pelajar

Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-19

Filem: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom & Duhai Si Pari Pari




Info Aizat

Nama: Muhammad Aizat Datuk Amdan

Asal: Kuala Lumpur

Umur: 19 Tahun

Tarikh Lahir: 21 Januari 1989

Kerjaya: Penyanyi & komposer

Album: Percubaan Pertama





AIZAT DULU


Your Ad Here

Reaksi:

0 Pengkritik

Muaturun

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain.
[Download disini]


Download | Hujan - Hujan Lebat 2007 - Full album

HUJAN - Formed in early 2006, this wave-worthy band consists of Noh on vocals and 2nd guitar, Dimas on bass, AG Coco on 1st guitar and Ambobzeela on drums. Influenced by a diverse range of bands which include the likes of The Strokes, Butterfingers, and even Pot Amir Radiostaq (ROSIN), Hujan prefers to classify their music as alternative rock and has no qualms about delivering their material in Malay. Living and breathing the element they take their name after, their music alternates between the light, heavy and the torrential storm a reflection of the many stories, moods and agendas embedded in their songs. They sing about everything from love, God, family and to the happenings of the world.
[Download disini]



Mawi dan Ekin Buka Butik

6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut.